PROKLAMASI DARURAT 2021 OLEH YDP AGONG TIDAK BOLEH DITARIK BALIK

128
SHARES
414
VIEWS

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Saya merujuk kepada cadangan Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen pembangkang menulis surat kepada Yang DiPertuan Agong memohon perkenan baginda untuk membatalkan Proklamasi Darurat 2021 yang telah dibuat oleh baginda.

Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/558928

2. Laporan berita di atas memberikan gambaran salah seolah-olah YDP Agong membuat Proklamasi Darurat 2021 selepas baginda memperkenankan nasihat YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya darurat diisytiharkan.

3. Saya menegaskan bahawa fahaman seperti perenggan 2 di atas adalah salah dan tidak menepati maksud Peruntukan Darurat menurut Perkara 150 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

4. Proklamasi Darurat menurut Perkara 150 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan boleh dikeluarkan oleh YDP Agong dengan syarat baginda telah BERPUAS HATI bahawa telah berlaku ancaman keselamatan, gangguan ketenteraman awam dan kemelesetan kehidupan ekonomi rakyat dan negara.

5. Sengaja saya guna HURUF BESAR pada perkataan BERPUAS HATI di atas dengan sebab berikut: Baginda YDP Agong adalah TIDAK BERKEWAJIPAN UNTUK MENDENGAR NASIHAT DARI YAB PERDANA MENTERI sama ada untuk mengisytiharkan darurat atau tidak.

6. Isu sama ada wajib atau tidak YDP Agong mengikut nasihat Perdana Menteri sebelum mengisytiharkan darurat ini telah diulas dengan panjang lebar oleh Tun Abdul Hamid Mohammad, mantan Ketua Hakim Negara dan boleh dibaca melalui pautan ini

https://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/1008-proklamasi-darurat-wajibkah-ydpa-mengikut-nasihat-pm?

7. Kesimpulan daripada tulisan Tun Abdul Hamid berkenaan adalah TIDAK WAJIB BAGI YDP AGONG MENGIKUT NASIHAT YAB PERDANA MENTERI UNTUK MENGISYTIHARKAN DARURAT. Adalah memadai baginda berpuas hati dengan 3 jenis ancaman berkenaan maka baginda mempunyai kuasa prerogatif untuk mengisytiharkan darurat.

8. Jadi, apabila YDP Agong telah mengeluarkan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 maka ini bermaksud baginda TELAH BERPUAS HATI bahawa wujud ancaman tersebut dan apa jua nasihat YAB Perdana Menteri adalah tidak relevan kerana Baginda turut merujuk kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

9. Menurut Perkara 150 (8)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa hal berpuas hati YDP Agong berkenaan ADALAH MUKTAMAD DAN TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA-MANA MAHKAMAH ATAS APA JUA ALASAN.

10. Jadinya, kalau mahkamahpun tidak boleh menjadi medan mempersoalkan keputusan YDP Agong berkenaan, siapakah Anwar Ibrahim untuk menulis surat kepada YDP Agong bagi meminta baginda membatalkan suatu KEPUTUSAN BESAR YANG TELAH DIMETERAI DENGAN MOHOR BAGINDA?

11. SEBARANG CUBAAN MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DALAM MENGELUARKAN PROKLAMASI DARURAT ADALAH SATU PENDERHAKAAN (TREASON) TERHADAP INSTITUSI YANG DIPERTUAN AGONG.

Sekian terima kasih

(Penulis turut dikenali sebagai Buzze Azam)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts