CATATAN PERIBADI: TUN SALLEH ABAS

1.2k
SHARES
3.7k
VIEWS

Oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek

UMNO diisytiharkan haram pada tahun 1988 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ekoran tuntutan 11 orang anggota memohon agar pemilihan tahun 1987 diisytiharkan tidak sah kerana terdapat perwakilan yang datang dari Bahagian-bahagian yang mengandungi cawangan-cawangan tidak sah. Dalam pemilihan itu Dr Mahathir mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah hanya dengan majoriti 44 undi untuk jawatan Presiden UMNO. 

Mahkamah Tinggi menolak permohonan kumpulan 11. Sebaliknya menerima hujah peguam UMNO, Sri Ram yang meminta UMNO diharamkan terus. Ia berdasarkan klausa Akta Pertubuhan yang menyebut mana-mana pertubuhan yang mempunyai cawangan tidak sah maka keseluruhan pertubuhan itu tidak sah.

Ramai menganggap keputusan ini memberi kelebihan kepada Dr. Mahathir. Apabila UMNO tidak sah, maka beliau boleh menubuhkan UMNO Baru dan me’nyah’kan semua musuh-musuh politiknya dalam UMNO. Bukan sahaja Tengku Razaleigh dan Musa Hitam yang tidak dibenarkan masuk, orang lama seperti Almarhum Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga disenaraikan.

Kumpulan 11 merayu kes agar UMNO tidak diharamkan tetapi hanya pemilihan semula diadakan. Rayuan sampai ke Mahkamah Agung. Tun Salleh Abas mengumumkan agar kes ini didengar oleh panel hakim penuh (full bench) iaitu seramai 9 hakim.

Alasan Tun Salleh Abas adalah kerana kes ini besar melibatkan parti besar orang Melayu dan implikasinya juga besar untuk negara. Mengharapkan kebijaksanaan lebih ramai untuk sama-sama mendengar dan membuat pertimbangan.

Semua yang mengenal Tun Salleh Abas tahu mengenai sifat dan akhlaknya. Selepas mengumumkan jumlah hakim yang akan mendengar kes tersebut, Dr. Mahathir terus ke Tanah Suci menunaikan umrah dan mohon petunjuk.

Sekembalinya Dr. Mahathir ke tanahair Tun Salleh Abas digantung tugas. Bersama dengan 5 hakim-hakim lain, beliau dihadap ke suatu tribunal kehakiman. Tribunal diketuai oleh Timbalannya sendiri. Tun Salleh Abas dipecat dan timbalannya itu diangkat menjadi Ketua Hakim baru.

UMNO kekal haram manakala UMNO Baru ditubuhkan. Selepas itu pelbagai pindaan kepada pelbagai undang-undang berlaku. Dr. Mahathir kekal berkuasa.

Banyak boleh ditimba dari buku Allayarham Tun Salleh Abas bertajuk “May Day For Justice“… 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts