UMNO SOKONG USAHA BASMI COVID-19, USAHA PULIHKAN DEMOKRASI DAN FUNGSI PERLEMBAGAAN

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Dato Seri Utama Mohamad Bin Haji Hasan

Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.

Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara diisytiharkan dalam darurat, Perlembagaan digantung dan Parlimen tidak berfungsi.

Keputusan kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Hanya dengan memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan PKP dan menyegerakan imunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.

UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar-menawar.

Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam.

Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini. Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts