KERAJAAN PERLU MANFAAT SEPENUHNYA ‘KUASA DARURAT’ DEMI MEMBANTU RAKYAT

267
SHARES
861
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Darurat ini sepatutnya sudah menstabilkan kerajaan. Sudah membolehkan kerajaan untuk fokus kepada pembangunan ekonomi dan pembasmian wabak.

Sebarang tambahan peruntukan pula tidak perlu lagi melalui kelulusan Parlimen. Cukup dengan perkenan YDP Agong sahaja. 

Tetapi saya kena berterus terang. Apa yang diumum oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat mengecewakan. Jauh berbeza dengan apa yang rakyat dapat ketika PKP tahun lepas.

BPN kekal sama (tidak dipercepatkanpun sebab minggu lepas dah diumum akan dikreditkan pada 21 Januari 2021). Moratorium dan KWSP masih kekal syaratnya.

Saya pun tidak tahu menteri manalah yang pergi cadang insentif gaji cuma sebulan. Kita ini ‘darurat’ sudah 7 bulan. Dalam keadaan wabak yang tinggi inipun sekurang-kurangnya PKP dan PKPB akan berjalan satu atau dua bulan lagi.

Dalam ekonomi ini ada satu perkara yang kita panggil ‘ripple effect‘. Kalau bisnes tutup atau rugi sebulan, kesannya akan dirasai untuk beberapa bulan selepasnya. Sebab kerugian itu akan bagi kesan kepada aliran tunai dan pusingan modal.

Ada satu lagi perkara yang kita panggil ‘lagging effect‘. Contohnya tahun 2018, ekonomi kita mula merudum. Tetapi kita tidak terasa mana sebab apa yang kita alami pada tahun tersebut adalah kesan ‘growth‘ tahun 2017 yang memuncak. Kita hanya rasai kesan ekonomi muram itu pada tahun 2019.

Itu kita panggil lagging effect. Sebab itu mana-mana dasar atau polisi ekonomi kena ambil kira krisis masa hadapan kesan kelembapan hari ini.

Tetapi kalau insentifpun hanya sebulan, bulan depan hendak dikira macamana?

Begitu juga insentif cukai. Kita umum untuk apa? Sudah kalau rakyat tidak berbelanja, kita hendak pungut cukai di mana?

Kuasa darurat ini tidak lama. Mandat perlu dikembalikan semula kepada rakyat apabila tiba masanya. Manfaatkan sebaiknya kuasa yang ada.

Permudahkan tunai kepada rakyat. Bagi moratorium automatik. Sediakan dana khas kepada kerajaan negeri dan PBT supaya mereka boleh bagi pengecualian sewa premis kepada peniaga kecil.

Kalau setakat itu sahaja yang hendak diumum, tidak daruratpun kerajaan boleh buat.

Dan buanglah Jemin tu. Nampak sangat tidak ada gunanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts