PN TERHADAP BN: BENCI TETAPI RINDU?

345
SHARES
2k
VIEWS

1. Belumpun ‘kering’ keputusan PRN 15, PN melalui Muhyiddin tanpa sabar terus menyerang lawan mereka. Anwar dan Zahid disasarkan. Tujuannya jelas sekadar kenyataan politik bagi menghangatkan suhu politik negara.

2. Sama seperti Muhyiddin dahulu, mana mungkin Anwar dan Zahid mahu melepaskan jawatan jika mereka masih punya bilangan sokongan yang cukup. Selagi boleh bertahan, mereka akan mempertahankan jawatan yang disandang.

3. Yang menariknya, mengapa Muhyiddin dan PAS masih ‘meratib’ tentang UMNO? Muhyiddin bukan lagi ahli UMNO, bahkan tidak mahu menyertainya kembali walaupun ada peluang. PAS juga tidak bersangkutan dengan UMNO lagi.

4. Apakah yang mereka pandang kepada UMNO sekarang? Mahu kata suka kepada UMNO, tidak sama sekali. Bahkan mereka cuba membunuh UMNO. Mahu kata kasihankan UMNO, mana ada musuh yang kasihankan lawannya.

5. Cacian, kata-kata sindiran tajam lagi pedas telah mereka tujukan kepada UMNO. Namun mereka tetap berminat lagi dengan UMNO. Semua hal dalaman UMNO di peringkat bahagian dan MKT diambil tahu. Siap bagi cadangan kononnya prihatin.

6. Jelas di sebalik kata-kata nista dan kejian itu, PN memerlukan UMNO untuk terus hidup. Setelah beberapa cubaan mematikan UMNO gagal, kini mereka mengubah strategi. “If you cannot defeat them, join them” , lantas menguasainya dari dalam.

7. Tetapi dalam situasi ini, PN cuba menampakkan bahawa UMNO yang cuba menyertai mereka walaupun situasi sebenar adalah sebaliknya. PN ibarat “malu tapi mahu”. Begitu sekali kemahuan mereka terhadap UMNO.

8. Aset terbesar UMNO adalah ahlinya. Biarpun ahli dan ‘orang’ UMNO kini bagai hilang arah, PN masih gagal memanipulasinya. Sokongan ahli UMNO kepada PN sekarang hanya bersifat sementara.

9. Maka itulah mereka terus-terusan cuba mendapatkan UMNO secara total. Sasaran sebenar mereka ialah ahli dan orang UMNO yang rasional dan setia. Mereka menggunapakai pemimpin UMNO yang bermasalah sebagai batu loncatan.

10. PN tahu, sokongan terhadap mereka kini di tahap maksimum. Jika mahu lebih lagi, mereka perlukan UMNO! Kerana itu jugalah tidak habis-habis mereka menyebut kerajaan persekutuan boleh ditukar walaupun mereka gagal menawan 5 negeri seperti dijanji.

11. Oleh itu, ahli dan penyokong UMNO usah termakan umpan di mata kail yang mereka pasang. Tujuan mereka hanya mahu menguasai UMNO setelah gagal beberapa kali. Ahli UMNO perlu bertenang dan bermuhasabah dengan kegagalan BN yang terbaru.

12. Saya tidak mengatakan Zahid betul 100 peratus. Zahid juga ada liabiliti, namun jika ada keputusan untuk menukar Zahid, ia harus datang dari ahli UMNO yang cintakan partinya. Bukannya mengikut telunjuk mereka yang di luar UMNO.

13. Ahli UMNO perlu tahu bahawa PN sentiasa mengintai peluang untuk menguasai minda mereka. Niat PN hanya untuk menunggang UMNO demi kepentingan sendiri. Demi kuasa, mereka menggunakan slogan Melayu dan Islam.

14. Di sebalik keputusan yang tidak memihak kepada UMNO-BN di dalam PRN 15, PN akan terus berusaha untuk memanipulasi moral ahli UMNO yang kian lemah. Kelangsungan UMNO bergantung kepada kekentalan ahlinya mengharungi situasi sukar kini.

15. PN dalam situasi “benci tapi rindu” akan terus menggoda UMNO untuk ditelan bagi memperoleh kekuatan organisasi. Terpulanglah kepada UMNO untuk bertahan atau menerima godaan dari PN yang kini ibarat orang “gila talak”. 

Sekian.

Ahli UMNO

Kuala Besut, Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts