PEMBUKA MATA – KEALPAAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB PERLEMBAGAAN DAN WASIAT RAJA-RAJA…

136
SHARES
438
VIEWS

Manfaatnya apabila RAKYAT bangkit membawa isu PENYUSUTAN dan kehilangan tanah-tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan di tempat-tempat utama, ia membuka almari “full of skeletons” di Pejabat Tanah Negeri, Semenanjung Tanah Melayu atas penjualan Tanah Rizab Kerajaan dan pelupusan Tanah Rizab Melayu. Difahamkan kini tanah bendang Kedahpun sudah banyak yang tergadai!

Kerajaan Negeri yang seharusnya menjadi institusi pelindung utama, dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan Tanah Rizab/Simpanan Kerajaan, Tanah Rizab Melayu, aset-aset kaum peribumi, sebagai satu amanah dan amanat bagi melindungi peribumi dari dislokasi ekonomi dan tanah yang diperuntukkan untuk mereka.

Kerajaan Negeri seharusnya mempunyai sikap tanggungjawab atas tanah peninggalan nenek moyang, warisan untuk generasi akan datang, asas penting untuk mentadbir dan memegang tampuk pemerintahan.

Saya telah menguar-uarkan lebih 10 tahun dalam semua ceramah saya, isu penyusutan Tanah Rizab Melayu dan penjualan secara skala besar Tanah Rizab Kerajaan.

Hari ini Alhamdulilah banyak institusi NGO menyambut dan mengambil alih tugas perhebatkan desakan ini, sehingga Tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan benar-benar dilindungi.

Dengan izin dan rahmat Allah, semoga segala usaha murni ini dapat menambah, menambat dan membenteng hak peribumi dan aset Kerajaan daripada terus diganggu-gugat dan digadai oleh mereka yang tiada jiwa patriotik, yang tidak menjiwai tauhid dan akidah.

Kami memohon Kerajaan Negeri, jangan denda dan hukum kami NGO kerana membuat pendedahan. Sepatutnya Kerajaan Negeri harus insaf dan sedar serta terus membuat pencerahan, penerangan, penjelasan dan paparkan di dinding pejabat-pejabat tanah, kawasan sempadan dan pemetaan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan yang dilupus untuk perbandaran dan yang dijual untuk mendapatkan dana, yang sudah digazet, dan yang akan digazet di setiap Pejabat Tanah Galian Negeri.

Ini bagi tidak membebankan kegusaran NGO-NGO dan rakyat peribumi daripada bersangka-sangka yang bukan-bukan terhadap kakitangan Kerajaan Negeri yang baik dan yang benar-benar berkerja dengan penuh integriti.

Pendedahan ini diharapkan dapat mengatasi kelemahan pelaksanaan, menghentikan penganiayaan, peminggiran dan pelupusan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan, yang telah berlarutan lebih 100 tahun ini, yang diperlakukan sewenang-wenangnya (arbitrarily).

Desakan rakyat mempunyai asas yang kuat. Suara rakyat sentiasa merupakan suara keramat.

Kesilapan lalu jangan diulangi lagi. Kerajaan Negeri mesti ambil iktibar dan harus perbetulkan dengan penyelesaian yang paling berkesan secepat mungkin.

Penjualan Tanah Rizab Kerajaan berskala besar bukan jawapan untuk mendapat dana mentadbir negeri. Kaedah ini adalah cara fikiran yang paling lemah dan merugikan. Apa akan terjadi bila tiada tanah lagi untuk dijual?

Tanah adalah satu-satunya anugerah Allah kepada peribumi, yang tidak ternilai harganya. Kerajaan Negeri sebagai ‘custodian‘ wajib melindunginya. Perjuangan tanahair bermaksud mempertahankan, memelihara, menjaga supaya kekal tidak berubah dari ancaman… 

Ikhlas dari saya.

Zaharah Sulaiman

Sejarah Tamadun Alam Melayu

Wanita Pembela

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts