Buku terbaru Tommy Thomas (Tan Sri) “My Story: Justice in the Wilderness” adalah sebuah buku politik. Buku tersebut tidak layak langsung menjadi bahan rujukan pengamal undang-undang untuk pelajar tahun satupun.
Ceritanya bercirikan fiksyen bahkan mengundang puluhan respon negatif daripada mereka yang ‘dipetik’ Tommy dalam buku tersebut. Harga bukupun bukannya murah. Jika ini tujuan utama Tommy dan DAP mahukan dari buku tersebut, mereka berjaya!
Dalam buku tersebut, semuanya ada. Sekurang-kurangnya Tommy mengatakan itulah yang beliau ingat dan tahu. Dari lobi-melobi mahu menjadi Peguam Negara hinggalah ke kisah penamat apabila beliau terpaksa melepaskan jawatan kerana kerajaan Pakatan Harapan telah tumbang.
Nama kawan dan lawan, petugas dari agensi kerajaan semuanya dipetik. Mahathir, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yasin, Azam Baki, Hanafiah Zakaria, Gopal Sri Ram dan banyak lagi. Ini seolah-olah menggambarkan Tommy tahu segala yang berlaku dalam kerajaan ketika itu.
Hairan juga nama Lim Guan Eng hanya dipetik melibatkan pihak ketiga. Tommy tidak memetik nama Guan Eng secara langsung sedangkan Tommy dan Guan Eng saling mengutus surat semasa menjawat jawatan dalan kerajaan. Merekapun bukannya baru kenal.
Tommy juga tidak memetik nama Richard Malanjun, bekas Ketua Hakim Negara lantikan PH sedangkan mereka pernah sama-sama menari di atas pentas secara terbuka. Kalau Tommy sedang ‘high‘ menari twist berseorangan di sudut pantas, bolehlah tengok rakaman video majlis tari-menari tersebut.
Tommy juga langsung tidak mengulas bagaimana abu mayat Chin Peng boleh terlepas masuk ke dalam negara dan dibuang di suatu tempat di Banjaran Titiwangsa. Tommy adalah peguam Chin Peng dan semua orangpun tahu! Tetapi tidak sepatahpun ada dalam ‘memoir’ Tommy.
Akan tetapi, demi mahu menunjukkan nama disokong sebagai calon Peguam Negara, nama orang matipun beliau ‘petik’!
Buku Tommy Thomas layak dilayan seperti buku cerita fiksyen yang lain. Jalan ceritanya menarik manakala plotnya berbelit-belit. Namun isinya kosong. Tiada langsung unsur ilmiah dari seorang yang mendakwa dirinya ‘pakar’ perundangan.
Tommy kini adalah penulis upahan. Bayaran yang diterima Tommy barangkali mencecah jutaan ringgit, jauh melebihi gajinya semasa menjadi Peguam Negara. Upah menjadi peguam Chin Peng juga mungkin tidak selumayan ini.
Yang perlu dibuat Tommy sekarang adalah menajamkan skilnya dalam Bahasa Melayu. Selepas bahasa Melayunya semakin baik, mungkin Tommy boleh memikirkan untuk menulis skil tarian ‘twist‘.
Sekurang-kurangnya kebolehan Tommy menulis dan berbahasa Melayu nanti boleh menutup mulut peguam Mahathir, Haniff Katri. Haniff dikatakan konsisten menyindir penguasaan bahasa Melayu Tommy dari dulu lagi…
Paku Warren