TOMMY THOMAS MALU KES RASUAH GUAN ENG DIMASUKKAN DALAM MEMOIRNYA

361
SHARES
1.2k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya telah baca buku Tommy Thomas.

Dalam buku tersebut, bekas peguam negara itu banyak bercerita tentang latar belakang diri dan keluarganya di beberapa bab-bab awal.

Kemudian dalam kebanyakan muka surat penulisannya dia menghabiskan bukunya dengan banyak bercerita berkenaan Najib, Najib, Najib, dan Najib, serta UMNO, dan skandal-skandal UMNO serta keburukan kerajaan Barisan Nasional, sambil memuji-muji perjuangan Pakatan Harapan, DAP dan rakannya Lim Guan Eng yang dikatakan kononnya “selalu difitnah dan diburukkan”.

Apa yang tiada dan tidak sedikitpun disentuh dalam buku setebal lebih 500 muka surat tersebut ialah penjelasannya mengapa beliau sebagai Peguam Negara telah menggugurkan kes rasuah rakannya Lim Guan Eng pada tahun 2018? 

Ini adalah suatu perkara penting dalam kariernya namun ia tidak ditulis dalam memoirnya.

Apa yang ada dalam bukunya yang dekat dengan hal ini adalah satu ayat ringkas sahaja pada mukasurat 242 yang membincangkan berkenaan kenyataan-kenyataan media yang dibuatnya di mana ayat tertera dalam bukunya menyatakan bahawa:

Hanafiah himself released one (media statement) to explain the reasons he took in deciding to withdraw criminal charges against Lim Guan Eng“. (Hanafiah sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menjelaskan sebab-sebab beliau membuat keputusan menarik balik tuduhan jenayah ke atas Lim Guan Eng). Itu sahaja. Tiada yang lain.

Tommy Thomas tidak mahu sentuh isu besar dan penting tetapi sensitif kepadanya dalam buku panjang lebarnya ini walaupun dia selesa mengutuk pihak lain dalam berkajang-kajang penulisannya.

Dan bukan sahaja dia cuba mengelak dari isu tersebut malah dia cuba mengalih tanggungjawab atau menyalahkan pegawai di bawahnya di Pejabat Peguam Negara (Mohamad Hanafiah Zakaria) padahal kuasa untuk menentukan sama ada kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan atau tidak adalah terletak di tangan beliau (Tommy Thomas) sebagai Peguam Negara.

Pada hemat saya, Tommy Thomas tidak tulis berkenaan hal ini dalam bukunya sebab dia amat malu.

Perkara inilah yang akan diingati oleh ramai orang sebagai legasi Tommy Thomas dalam hidup dan kariernya, dan bukan perkara-perkara lain yang ditulis dalam bukunya.

This is something that he is ashamed of in his life and career, and what he will be remembered by in his legacy, not other things that he wrote in the book.

4 Februari 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/911261926295999/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts