Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Perutusan Perdana Menteri ini tidak boleh sekadar cerita tentang penguatkuasaan undang-undang sahaja. Mesti ada keseimbangan antara ‘punishment‘ dan ‘reward‘.
Bab perketat undang-undang itu kita sangat sokong. Tetapi rakyat tidak boleh diajar untuk hidup dalam ‘fear‘. Takut kena hukum dan takut kena penyakit semata-mata.
Rakyat juga mesti diberi ‘reward‘ (hadiah) atas kepatuhan mereka berkorban duduk di rumah. Rakyat mesti diberi ‘token‘ kerana sanggup hilang pendapatan demi memutuskan rantaian.
Prof. BF Skinner, antara ahli psikologi berpengaruh pada zaman moden menulis bahawa keseimbangan antara reward dan punishment ini adalah antara analisis sikap yang akan membentuk maruah dan peribadi manusia.
Islam mengajarkan keseimbangan antara punishment dan reward ini jauh lebih awal. Antaranya dalam Surah Ibrahim ayat ke-7.
“Jika kamu bersyukur, maka Aku tambahkan nikmat. Jika kamu kufur, maka azabKu amat pedih.“
Dalam isu hukuman, ucapan Perdana Menteri petang ini lebih daripada cukup. Tetapi ketiadaan ‘reward‘ untuk rakyat hanya akan membuatkan orang mual.
Dan mual akhirnya akan membuatkan orang mengambil ringan.
Moratorium, KWSP, bantuan tunai, insentif gaji adalah antara reward paling mudah yang boleh dibuat oleh kerajaan. Moratorium pinjaman sebagai contohnya hanya melibatkan penetapan polisi bank.
Betul ia memberikan risiko NPL (Non Performing Loan) tetapi dengan keuntungan purata RM35 bilion setahun, takkan masih takut dengan NPL?
Kunci terakhir yang Perdana Menteri tertinggal dalam ucapannya tadi adalah ‘hope‘ (harapan). Bila krisis ini akan berakhir? Apa usaha kerajaan untuk melobi bekalan vaksin segera?
Bila masjid boleh dibuka seperti biasa? Apa perancangan untuk pendidikan anak-anak yang tertinggal?
Rakyat tidak boleh dibiar tertanya-tanya. Setiap perkara mesti ada ‘deadline‘ yang jelas supaya rakyat tahu apa hala tuju seterusnya dan kitapun boleh pantau sama.
Ucapan yang bersifat menghukum hanya datang daripada seorang tuan.
Bukan pemimpin.