ANWAR PERLU TERIMA HAKIKAT TIDAK BOLEH PAKSA UMNO TERIMA BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI

116
SHARES
373
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya telah dimaklumkan bahawa Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar berkenaan kerjasama PKR dengan UMNO pada petang ini.

Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut.

Dan ia juga bergantung kepada penerimaan akar umbi UMNO dan pucuk pimpinan parti.

Saya tidak rasa akar umbi UMNO akan terima kerjasama ini jika tujuan Anwar semata-mata kerana dia ingin jadi Perdana Menteri.

Jika ini tujuannya, maka ia samalah niatnya seperti Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin dahulu, iaitu untuk gunakan UMNO untuk mencapai cita-cita mereka untuk jadi Perdana Menteri.

Oleh itu, jika Anwar ikhlas untuk bekerjasama dengan UMNO, maka dia perlu terima hakikat bahawa dia tidak boleh paksa UMNO untuk terimanya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini kita telah cuba selama 22 bulan bersama Perdana Menteri PH dan 12 bulan bersama Perdana Menteri PN, atau 34 bulan bersama Perdana Menteri PPBM, dan ia telah gagal untuk membawa kestabilan politik dan ekonomi.

Perdana Menteri PKR (PH) tidak akan merubah keadaan ini.

Pada pandangan saya, Perdana Menteri perlu datang dari parti yang paling besar dengan akar umbi Melayu Islam yang paling ramai, iaitu UMNO.

Ini kerana, negara ini masih lagi majoriti Melayu dengan kumpulan terbesarnya umat Islam, dan selama ini UMNO yang berterusan banyak memperjuangkan kumpulan ini tanpa meminggirkan atau mengenepikan hak-hak kaum-kaum lain.

Ini amat penting untuk kestabilan politik justeru kestabilan ekonomi dan sosial negara.

Ikhlas,

ISHAM JALIL

16 Mac 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/936323220456536/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts