• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HANYA SOKONG, BUKAN AMPU ATAU ‘JILAT’ KERAJAAN PERPADUAN

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
June 5, 2023
in Politik, Utama
0
HANYA SOKONG, BUKAN AMPU ATAU ‘JILAT’ KERAJAAN PERPADUAN
17
SHARES
187
VIEWS

Selepas Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan gagal bersama membentuk kerajaan seperti dititah cadang oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, maka baginda mencemar duli bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kemudiannya setuju bersama-sama membentuk kerajaan.

Atas dasar itulah majoriti ahli-ahli UMNO walaupun sangat tidak setuju dengan DAP dan Pakatan Harapan, mereka tetap bertindak bijak akur dengan ketetapan parti agar taat dengan titah baginda untuk mewujudkan kerajaan bersama yang digelar Kerajaan Perpaduan. Ini semata-mata bagi menyelesaikan kemelut ketiadaan Perdana Menteri pasca PRU-15.

Jika tidak, barangkali negara sehingga kini masih belum mempunyai Perdana Menteri dan kerajaan. Maka, ketaatan UMNO kepada YDP Agong itu yang menjadi teras dan pegangan UMNO untuk bersama Pakatan Harapan, bukan atas dasar sudah saling menerima idealogi atau matlamat masing-masing.

Malah untuk menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri kesepuluh sekalipun, Presiden dan MKT UMNO meletakkan syarat tidak akan berkompromi dengan apa jua melibatkan agama yang wajib dipertahan,  hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh diganggu-gugat, kedaulatan Raja-raja dijaga sebaiknya serta memperkukuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat, “Yang penting kepada kita ialah memberi fokus kepada ‘governing’ (pentadbiran). Keutamaan UMNO ialah kestabilan politik negara dan bukannya ideologi politik rakan kerjasama kita dalam Kerajaan Perpaduan.“

Jelas UMNO tidak akan peduli dengan apa jua ideologi atau agenda dibawa Pakatan Harapan, selagi mana ia tidak menyentuh atau mengganggu-gugat empat perkara teras digariskan UMNO iaitu agama, bangsa, Raja-raja dan bahasa Melayu. Selagi mana Perdana dan kerajaannya mampu menjaganya mana selagi itulah sokongan boleh diteruskan. 

Dalam masa yang sama Perdana Menteri dan Pakatan Harapan juga tentu tidak mahu peristiwa hanya mampu bertahan selama 22 bulan berulang kembali, yang kini menjadi igauan mereka sekiranya UMNO ditekan atau diasak untuk berkompromi dengan mana-mana perkara melibatkan empat teras di atas.

Malah, jika ada mana-mana perkara dicabar atau dipermainkan, tentu ini hanya memudahkan Perikatan Nasional menumbangkan kerajaan. Ini yang harus dijaga oleh Anwar dan Pakatan Harapan, agar ‘badi’ 22 bulan dapat dielakkan. 

Justeru, sedikit nasihat buat mana-mana pemimpin UMNO yang terlebih ampu atau ‘menjilat’ sesiapa jua dalam Pakatan Harapan atau Kerajaan Perpaduan, semoga anda kembali meletakkan kepentingan parti di depan dan bukannya melebihkan mana-mana individu.

Jangan kerana nila setitik merosakkan susu sebelanga, jangan kerana satu dua individu terlebih ampu membuatkan UMNO ditolak terus akhirnya. 

Tags: Kerajaan PerpaduanPKR-UMNOTumbang kerajaanYDP Agong
Previous Post

UMNO TIDAK PERLU AMPU SESIAPA DALAM KERAJAAN PERPADUAN

Next Post

26 DIANUGERAH GELARAN TAN SRI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

September 20, 2023
PERBETULKAN SEGERA PERNAS

PERBETULKAN SEGERA PERNAS

September 19, 2023
DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 10, 2023
HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 9, 2023
FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

September 8, 2023
YDP AGONG TITAH TOLAK PERBEZAAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG GEMILANG

YDP AGONG TITAH TOLAK PERBEZAAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG GEMILANG

September 8, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In