Saifuddin juga berkata bahawa ordinan ini tidak bermotifkan politik atau ditujukan kepada ahli politik malah sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengkritik kerajaan ataupun Menteri sekalipun selagi ia bukan berita palsu yang direka-reka dengan tujuan untuk mengelirukan orang ramai, mewujudkan kegelisahan dan juga ketakutan dalam kalangan masyarakat.
“Saya ingin ulang bahawa ordinan ini berkaitan berita tidak benar tidak sama sekali ditujukan untuk orang politik. Kalau dia mengkritik saya atau kerajaan berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan soal vaksin atau darurat, kritikan itu berbeza dengan berita palsu.”
“Kami akan pastikan bahawa yang diambil tindakan itu ialah berita palsu, bukan kritikan. Dalam ehwal demokrasi memang boleh mengkritik namun kalau ia melibatkan berita palsu maka tidak kira siapa yang menyebarkannya boleh kena sesiapa sahaja.” – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Justeru semoga semua pihak akan lebih berhati-hati serta rajin menyemak sumber dan kesahihan sebarang berita sebelum bertindak membuat, menyebar atau memberi komen yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya mengenai pandemik Covid-19 dan proklamasi darurat.
Semak kesahihan berita terlebih dahulu, sama-sama hentikan berita palsu.