• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Saturday, May 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
April 13, 2022
in Semasa, Utama
0
ISMAIL SABRI ‘MELUTUT’ KEPADA SAIFUDIN ‘KATAK’ DEMI DASAR LUAR SEJAHTERA?
23
SHARES
256
VIEWS

SURAT PEMBACA | 1. Apa sudah jadi dengan dasar luar Perdana Menteri Ismail Sabri baru-baru ini? Pergi ke Indonesia 3 kali dalam masa 2 bulan, namun layanan diterima kurang mesra. Terakhir, Ismail Sabri cuba melobi agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa ASEAN yang bersifat antarabangsa.

2. Namun Jokowi tidak memberikan apa-apa komitmen daripada cadangan Ismail Sabri. Menteri Pendidikan Indonesia pula menyanggah cadangannya. Beliau ‘counter‘ cadangan Perdana Menteri Malaysia itu dengan mengatakan Bahasa Indonesia lebih sesuai sebagai bahasa ASEAN.

3. Takkan Menteri Pendidikan Malaysia atau Menteri Luar Malaysia tidak mengadakan perbincangan awal dengan rakan sejawat mereka sebelum pemimpin utama kedua-dua negara bertemu dan saling berbincang? Apa sudah jadi?

4. Memalukan apabila seorang menteri kabinet Indonesia menyanggah cadangan PM Malaysia. Menteri Pendidikan Malaysia diam. Menteri Luar Malaysia juga diam. Hanya YDP Dewan Negara dan beberapa pakar bahasa dari Malaysia tampil menyanggah kenyataan Menteri Pendidikan Indonesia.

5. Isu pokok, jika ada perbincangan awal di peringkat pegawai atau menteri, perbalahan terbuka tidak akan terjadi. Kurang manis cadangan PM Malaysia disanggah secara terbuka oleh seorang Menteri dari Indonesia. Namun Menteri Luar Malaysia ‘bibir merah’ hanya membatu dalam isu ini.

6. Isu di Dubai pula, Ismail Sabri nampaknya macam orang hilang punca. Terlalu bergantung dengan Menteri Luar Saifudin ‘bibir merah’. Satu dunia tahu pada waktu Ismail Sabri mahu melawat UAE, satu ekspo bertaraf dunia sedang berlangsung di Dubai. Mustahil Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) terlepas pandang perkara ini.

7. Ekspo Dubai 2020 (2022) adalah acara dunia. Jika PM ingin mengadakan lawatan rasmi ke sesebuah negara, ia wajib mendapat persetujuan daripada negara yang ingin dilawati. Jika tidak, ia menjadi lawatan peribadi serta tidak layak mendapat taraf tetamu negara.

8. Takkan inipun Ismail Sabri bargantung kepada Saifudin yang lemah itu untuk memberitahu beliau?Sepatutnya Ismail Sabrilah yang mengarahkan Saifudin Abdullah mengatur kembali jadual lawatan tersebut. Tidak perlu pergi ketika Ekspo Dubai berlangsung.

9. Satu lagi, budak sekolah menengahpun tahu ibu negara UAE adalah Abu Dhabi. Walaupun Dubai lebih ‘glamour‘ dan dikenali dunia, wajarlah pemimpin yang mahu melawat sesebuah negara turun di ibu negara tersebut. Takkan inipun Ismail Sabri tidak tahu? Tidak mungkin Bahagian Antarabangsa di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebodoh itu tidak mengetahui hal ini?

10. Sekali lagi, Ismail Sabri tidak perlukan Saifudin untuk mengetahui hal-hal diplomatik yang mudah… Saifudin sendiri mungkin ada agenda untuk memalukan beliau. Atau mungkin Saifudin seorang menteri yang sangat tidak cerdik serta hanya mengambil mudah semua perkara. Mungkin bagi Saifudin, tugas utamanya adalah berada dalam kapal terbang yang sama dengan PM ketika lawatan. Bukannya datang lebih awal bagi memastikan segala persiapan lawatan ‘in order‘.

11. Apabila dua ‘senior’ diplomat dipanggil pulang kerana ‘gagal’ menyelaras lawatan PM, kesannya begitu besar bagi penjawat awam. Mereka terluka kerana tiada pembelaan sedangkan kesalahannya di bahu Menteri Luar. Cacian dan makian terarah kepada Ismail Sabri kerana gagal mengawal Saifudin.

12. Jika tiada tindakan terhadap Saifudin, apakah mungkin benar Ismail Sabri terpaksa ‘melutut’ kepadanya? Adakah kerana mahu terus berkuasa sehingga sanggup melukai hati penjawat awam?

13. Ismail Sabri akan dilihat dayus jika masih terus mengekalkan Saifudin selepas insiden ini. Saya tertarik dengan kenyataan seorang aktivis politik – Zamil Ibrahim yang bertanya apakah agenda sebenar Ismail Sabri sekarang?

Daripada sudut politik, mungkin ada benarnya pertanyaan Zamil Ibrahim itu, kerana tidak mungkin Ismail Sabri sebodoh itu tidak mengetahui semua perkara, melainkan ia dilakukan demi kepentingan beliau sendiri…

Diplomat Pencen

Tags: Ismail SabriKementerian LuarSaifuddin Abdullah
Previous Post

KUNJUNGAN RASMI KE DUBAI: MENTERI SABOTAJ ISMAIL SABRI?

Next Post

US ROLE IN UKRAINE CRISIS

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

BEKAS PM MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI?

BEKAS PM MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI?

May 9, 2023
SAIFUDDIN CUBA ‘TUTUP’ GERAKAN PN TUMBANGKAN KERAJAAN

SAIFUDDIN CUBA ‘TUTUP’ GERAKAN PN TUMBANGKAN KERAJAAN

May 9, 2023
KISAH ISMAIL SABRI DAN PM BONEKA

KISAH ISMAIL SABRI DAN PM BONEKA

April 29, 2023
SEJAUH MANAKAH PN MAMPU TUMBANGKAN KERAJAAN?

SEJAUH MANAKAH PN MAMPU TUMBANGKAN KERAJAAN?

April 21, 2023
KISAH ISMAIL SABRI DAN KAHWIN PAKSA

KISAH ISMAIL SABRI DAN KAHWIN PAKSA

April 19, 2023
KISAH ISMAIL SABRI YANG ‘BAIK’ DAN ‘SUCI’

KISAH ISMAIL SABRI YANG ‘BAIK’ DAN ‘SUCI’

February 19, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In