TIDAK ADIL TUDUH POLIS TANGKAP DAN SAMAN PENGEMIS RM10,000 – KPN

382
SHARES
2.2k
VIEWS

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kecewa dengan sesetengah pihak yang secara semberono menuduh anggota polis menangkap dan menyaman RM10,000 terhadap pengemis yang berkeliaran sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pasukan tersebut. 

Menurut beliau tuduhan liar sebegini dilakukan oleh individu yang sengaja mencari jalan untuk menjadikan dirinya popular.

Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan.”

Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.”

Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang kes telah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi.”

Menurutnya anggapan seperti polis kejam atau tidak berperikemanusiaan kerana mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun adalah sangat tidak wajar dan merendahkan imej pasukan tersebut. 

Ini kerana setiap tindakan yang diambil oleh anggotanya dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Sehubungan itu polis kena ambil tindakan untuk elak mereka berkeliaran, mereka mungkin dijangkiti. Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000.

Cerita sebenarnya kami tangkap di bawah Akta Imigresen dan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan, tidak ada niat pun hendak kompaun…kami tahu takkan mereka mampu, RM5 pun mereka tidak ada, usahkan RM10,000. Jadi nak kata polis kejam tu tidak adillah.”

Justeru rakyat lebih perlu peka dan menyemak berita untuk menentukan kesahihannya sebelum disebarkan, terutamanya mengenai pandemik Covid-19 dan proklamasi darurat yang telahpun diwartakan di bawah Ordinan Darurat bagi menghentikan berita palsu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts