BILA KERAJAAN AKAN ADAKAN SIDANG PARLIMEN?

92
SHARES
297
VIEWS

Persoalan bilakah kerajaan akan mengadakan sidang Parlimen ini ditanya oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang baru-baru ini disaman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10 juta kerana mempersoal dan mempertikai isu rombongan Perdana Menteri yang pulang daripada lawatan kerja di Indonesia dan selepas itu para Menteri hanya dikenakan kuarantin 3 hari tidak seperti rakyat lain yang perlu melalui kuarantin wajib selama 10 hari. Beliau juga bertanya relevankah lagi darurat di sebalik Bazar Ramadan dan solat terawih yang kini dibenarkan. 

Di zaman PN, soalan kena tanya berulang kali. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum berita gembira iaitu Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri boleh beroperasi di seluruh negara. Solat terawih juga dibenarkan.” 

Kalau begitu relevan lagikah darurat? Kalau semua sudah boleh, kerajaan sepatutnya beri tarikh kepada YDP Agong bila Parlimen boleh bersidang.” 

Puad juga berkata bahawa tujuan darurat dan Parlimen digantung adalah kerana 4 alasan iaitu bagi memerangi pandemik Covid-19, mengurangkan politiking, ramai ahli Parlimen sudah tua dan kerana faktor sains dan data.

Alasan ramai ahli Parlimen sudah tua paling tidak logik. Sudah tentu ramai warga emas akan pergi Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan solat tarawih. Alasan jangan melucukan.” 

Sidang Parlimen penting supaya eksekutif tidak melakukan kemungkaran tersembunyi kerana ketiadaan semak dan imbang.” 

Ini soalan untuk PM. Angka yang menurun sekarang ini adakah kerana PKP atau kerana darurat? Hadapilah realiti dengan berani.

Sebagai rekod kerajaan sebelum ini melaksanakan Ordinan Darurat bagi menangani berita palsu tetapi memberi jaminan kerajaan dan Menteri tetap boleh dipertikai.

Justeru persoalan Puad bilakah Sidang Parlimen akan diadakan perlu dijawab oleh kerajaan kerana soalan ini tidak terkandung dalam kategori berita palsu malah YDP Agong sendiri turut memberi perkenan sidang tersebut boleh dilakukan ketika darurat.

Rakyat hanya menuntut kerajaan mentaati titah baginda untuk meneruskan sidang Parlimen yang telahpun dijadualkan pada bulan Mac tetapi dibatalkan, agar proses semak dan imbang dapat dilakukan segera. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts