“MALAYSIA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN” – KONSULAT KOREA UTARA

149
SHARES
482
VIEWS

Para pegawai dan petugas di kedutaan Korea Utara serta keluarga mereka meninggalkan Malaysia semalam setelah negara tersebut memutuskan hubungan diplomatik selama berdekad lamanya apabila tidak berpuas hati Malaysia mengekstradisi seorang warga mereka Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat untuk berdepan dengan perbicaraan jenayah.

Hubungan mula tegang apabila negara tersebut gagal menghalang tindakan ekstradisi ke atas Mun Chol selepas penangkapannya pada Mei 2019.

Menurut kenyataan media yang disampaikan oleh Konsulat Kedutaan Korea Utara sebelum meninggalkan kedutaan, Malaysia dianggap melakukan ‘jenayah besar’ kerana mematuhi tekanan Amerika Syarikat.

Berikutan situasi buruk yang berlaku ini maka Kementerian Luar Negeri DPRK dengan ini mengumumkan langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, yang melakukan tindakan jenayah besar terhadap DPRK apabila ia mematuhi tekanan AS.” 

Pihak berkuasa Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua keadaan yang akan dihadapi oleh kedua-dua negara.” – Kenyataan dikeluarkan oleh Kim Yu Song yang menyifatkan Malaysia telah melakukan “kesalahan yang tidak boleh dimaafkan”. 

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tindakan  pengusiran tersebut sebagai satu peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman, sistem kehakiman dan tadbir urus negara, serta sentiasa menimbulkan ketegangan yang tidak perlu dengan mengingkari perintah berdasarkan peraturan antarabangsa. 

Tindakan kerajaan Malaysia ini juga dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha melindungi kedaulatan Malaysia dan memelihara kepentingan negara.

Sebagai rekod, sekitar tiga puluh tiga rakyat Korea Utara termasuk kanak-kanak telah meninggalkan kedutaan Korea Utara yang terletak di Jalan Batai, Kuala Lumpur pada 11 pagi Ahad.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts