• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BRICS SEMAKIN BERKEMBANG – DR. RAMALAN YUNUS

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
August 28, 2023
in Ulasan, Utama
0
BRICS SEMAKIN BERKEMBANG – DR. RAMALAN YUNUS
18
SHARES
203
VIEWS

Persidangan BRICS yang ke-15 yang diadakan di Johannesburg, Afrika selatan pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2023 baru sahaja berlalu. Ini adalah persidangan pertama yang diadakan secara “in-person” setelah tiga tahun berturut-turut ia diadakan secara virtual.

Persidangan tersebut dihadiri oleh ketua-ketua negara dari negara-negara anggota BRICS seperti Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Apa yang menarik pada persidangan BRICS kali ini ialah kemasukan negara anggota baru iaitu Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan UAE.

Kemasukan negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi dan UAE akan membuka laluan untuk negara-negara Islam yang lain menyertai BRICS di masa akan datang.

Dengan kemasukan enam lagi anggota baru ke dalam blok ekonomi ini telah menjadikan capaian populasi dunia sehingga 40 peratus dan suku ekonomi global. Setakat ini sudah ada 24 negara yang telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai BRICS.

Perkembangan ini telah memperlihatkan potensi dan kemampuan BRICS untuk menyaingi G7, blok ekonomi negara-negara barat yang selama ini telah mendominasi ekonomi dunia.

Negara G7 merupakan negara-negara yang mendominasi kegiatan perindustrian dunia dengan mengawal segala industri berat dunia. Kebanyakan negara anggota G7 ini merupakan negara-negara barat kecuali Jepun.

China sedang berusaha untuk mengembangkan BRICS dengan pantas di tengah-tengah persaingannya yang semakin sengit dengan Amerika Syarikat.

Ini sekali gus mempamerkan hasrat China yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjadi “the economic power house” di dunia.

Malaysia juga pasti akan terkena tempias dari persaingan antara China dan Amerika tersebut. Lalu apa pendirian Malaysia mengenai BRICS?

Antara Amerika dan China, Malaysia mahu ikut siapa ?

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: Amerika SyarikatBRICSChinaDr. Ramalan YunusRusia
Previous Post

(VIDEO) INFRASTRUKTUR KAMPUNG ORANG ASLI TONGGANG DIBANTU, DIPULIHKAN

Next Post

KAK MAH YANG DILUPAKAN – DR. RAMALAN YUNUS

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

CHINA KEKAL RAKAN DAGANGAN PENTING SABAH

CHINA KEKAL RAKAN DAGANGAN PENTING SABAH

September 23, 2023
ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 21, 2023
KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

September 19, 2023
BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

September 15, 2023
BORNEO ECONOMIC COMMUNITY (BEC) – DR. RAMALAN YUNUS 

BORNEO ECONOMIC COMMUNITY (BEC) – DR. RAMALAN YUNUS 

September 13, 2023
DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 10, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In