Walaupun melalui pelbagai tinjauan sebelum ini menunjukkan populariti atau penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurun, kajian terkini Merdeka Center pula menunjukkan rating Muhyiddin dianggap ‘stabil’ iaitu 67 peratus. Rating tertinggi ialah pada bulan Julai 2020 iaitu 74 peratus dan pada bulan Januari tahun ini pula ialah 63 peratus.
Rujuk pautan; https://www.malaysiakini.com/news/571889
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, jika rating Muhyiddin sudah meningkat 4 peratus kepada 67 peratus maka wajar Perdana Menteri menyambung sidang Parlimen atau terus membubarkan Parlimen dalam keadaan populariti sedang melonjak.
“Kalau tidak berani bubar, bermakna Perdana Menteri tidak percaya pada kajian tersebut.”
“Dengan pandemik Covid-19 semakin naik, ekonomi makin teruk, rakyat makin susah dan duit sudah habis adalah wajar kerajaan lebih stabil diberi mandat baru.”
Bersatu dan Perikatan Nasional wajar menimbangkan perkara ini sebaik mungkin dan Muhyiddin pula tidak boleh mendengar sangat mereka di sekelilingnya yang ragu-ragu dengan Perdana Menteri mereka sendiri. Mereka tidak boleh memperlihatkan Muhyiddin ini lemah dan takut berdepan dengan pemimpin lain dan rakyat dengan menutup Sidang Parlimen.
Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 kelak, Muhyiddin perlu ditonjolkan kuat dan berani serta yakin dengan kemampuan diri sendiri. Lagi lama menutup Sidang Parlimen akan hanya melemahkan Muhyiddin dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri, Bersatu dan Perikatan Nasional.
Lagipun Exco Armada Harris Idaham Rashid juga berkata, 79 peratus golongan belia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Bolehlah juga Undi-18 dilaksanakan.
Rujuk pautan;
Justeru rugilah Bersatu dan Perikatan Nasional tidak mahu memanfaatkan peluang dan mengambil kesempatan ketika populariti Muhyiddin sedang melonjak dan diterima rakyat dengan membubarkan atau buka Sidang Parlimen.