PERBUALAN MENTERI KDN HAMZAH ZAINUDDIN TURUT DIRAKAM?

3.5k
SHARES
11.4k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi

Sejak malam tadi viral audio rakaman mirip suara Datuk Seri Hamzah Zainuddin Menteri KDN. Ia berkaitan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

Kalau Menteri KDN pun kena rakam, maka apakah Malaysia negara selamat?

Ia bukan soal siapa yang rakam dan apakah ia tulen tetapi soalnya apakah butiran perbualan itu satu skandal?

Maka siasatan mesti menyeluruh. Tetapi siapakah yang berkuasa untuk arah siasatan segera dibuat. Menteri KDN atau IGP?

Nampaknya Hamzah Zainuddin kena buat laporan polis terlebih dahulu. Baru siasatan dapat dimulakan.

Apakah dalam masa terdekat ini akan tercetus perang besar, dedah-mendedah dan konflik yang menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan PN?

Nota: Rujuk transkrip audio (disediakan oleh Editor Malaysia) yang dikatakan sebagai perbualan antara Hamzah dan satu individu lain seperti di bawah;

Hamzah:

Nak tak kalau I bagi orang kita, kena naik pangkat dia…

Lelaki A:

Hmmm…

Hamzah:

And dia memang orang Perak, dia budak Ipoh apa semua, very good.

Memang Tuanku akan suka dialah.

I’m now Chairman of Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.

Kalau Tuanku kata okay, lagi bagus, because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana…

Lelaki A:

Okay.

Hamzah:

Then it will be good for us.

Because that’s why I will choose yang I know la siapa yang Tuanku okay apa semua..

Now kita nak letak Pengarah-pengarah, because I’ve taken over…

I’ve told him I said that you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama…

Katalah aku (tidak jelas) lima orang, you let me know, we will decide.

Lelaki A:

Hmm.

Hamzah:

Not for you to decide anymore like before.

All the Ketua Polis Negeri dia tak boleh decide.

Justeru sekiranya benar rakaman audio ini tulen maka tentu pihak polis perlu menyiasat apatah lagi ia mengaitkan nama pihak PDRM secara langsung malah wujud pengakuan bahawa berlakunya tindakan ingin mencatur pihak polis termasuk Ketua-ketua Polis Negeri.

Selain itu polis perlu segera menyiasat kerana nama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga turut disebut dalam rakaman ini.

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts