ISHAM JALIL AMBIL TINDAKAN ATAS PORTAL ‘SPIN’ CERITA, MEMFITNAH BELIAU

197
SHARES
637
VIEWS

Ulasan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu Isham Jalil mengenai kedegilan Kerajaan Perikatan Nasional untuk akur perintah YDP Agong sebelum ini telah disalah tafsir oleh sebuah portal iaitu Agenda Daily sebagai “ugutan kudeta” atau merampas kuasa. 

Kedegilan Kerajaan PN untuk akur perintah YDP Agong boleh menjurus kepada krisis Perlembagaan dan rampasan kuasa tentera (coupe d’etat). Agong boleh pecat Mahiaddin.” 

Takkan kerajaan hendak tunggu 9 ribu orang mati dahulu baru mahu buka Parlimen?” 

Menteri UMNO sudah boleh tarik diri segera dari Kerajaan PN jika Parlimen tidak dibuka segera seperti titah YDP Agong.” 

Rujuk video penuh beliau di pautan;

https://fb.watch/6bGjPV6vLs/

Sehubungan itu Isham telah meminta peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap portal tersebut yang dilihat memfitnah dan berniat jahat terhadapnya. 

Merujuk kepada artikel berunsur fitnah dan berniat jahat ke atas saya bertajuk “Penyokong fanatik Najib ugut kudeta jika Parlimen tidak dibuka” yang telah disiarkan oleh portal Agenda Daily semalam, setelah berbincang dengan peguam saya, saya mengambil langkah pertama berikut:

Memberi tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh hari ini untuk portal tersebut membetulkan artikel tersebut dan memberi peluang kepada mereka untuk meminta maaf secara terbuka jika mereka telah terkhilaf.

Sekiranya perkara di atas tidak dilakukan oleh mereka dengan memuaskan, saya akan mengambil langkah seterusnya. Sekian, terima kasih.

Beliau turut menambah, “Saya faham kecenderungan sesetengah media untuk membuat sensasi terutama dalam isu-isu politik dengan spin tajuk dan sebagainya, itu adalah perkara biasa. Namun jika sensasi itu berlebih-lebihan dan membawa kepada fitnah dan berita palsu, itu saya perlu tegur sedikit (dan jika pihak terbabit berdegil juga, tindakan lanjut akan diambil).

Sebelum itu beliau ada membuat siaran (posting) mengenai portal yang memfitnah beliau ini dan kecewa dengan tindakan mereka yang menulis lain daripada apa yang beliau ulas ketika sesi live di Facebook-nya. 

Saya tidak pasti ini portal siapa. Lain yang saya cakap lain yang dia tulis dan spin. Rasa-rasanya apa tindakan yang anda rasa saya perlu ambil kepada portal ini ya?” 

Justeru itu, jika dilihat tajuk artikel tersebut iaitu “Penyokong fanatik Najib ugut kudeta jika Parlimen tidak dibuka” jelas berniat jahat dan memfitnah kerana jika diteliti, ulasan Isham adalah mengenai perbandingan senario yang berlaku di Thailand.

Tiada ajakan, laungan ataupun meminta mana-mana pihak untuk merampas kuasa. 

Malah kandungan artikel tersebut hanya memperincikan apa yang Isham ulas dan tidak menjelaskan langsung di bahagian mana mengenai ‘ugutan’ yang dimaksudkan.

Rujuk sendiri artikel tersebut di pautan;

https://www.agendadaily.com/politik/penyokong-fanatik-najib-ugut-kudeta-jika-parlimen-tidak-dibuka/

Selain itu, menggunakan tajuk “penyokong fanatik Najib” dilihat sengaja untuk mengaitkannya dengan bekas Perdana Menteri tersebut malah penggunaan perkataan ‘fanatik’ juga digunakan bagi menonjolkan naratif ‘ekstremisme’. 

Cara begini biasanya digunakan oleh penulis picisan, iaitu mereka yang hanya ingin menarik perhatian kepada tajuk sebelum mengetahui berita sebenar yang bertentangan dengan kandungannya sendiri.

Jika ada, sepatutnya penulis artikel mengambil peluang membuktikannya dengan memperincikan ayat yang dikatakan sebagai “ugut kudeta jika Parlimen tidak dibuka” dan dengan cara ini Isham sendiri sukar untuk menepisnya. 

Namun jika hanya berlandaskan andaian (assumption) atau tafsiran yang salah, cara sebegini hanya akan menimbulkan masalah buat portal tersebut di kemudian hari. Jika tidak melalui artikel ini, artikel-artikel lain kelak akan menyusahkannya. 

Justeru itu, diharapkan selepas ini sebarang portal yang ada wajar memilih tajuk yang sesuai dengan kandungan berita dan bukannya hanya untuk mengejar trafik ke portal masing-masing dengan menggunakan tajuk yang sensasi dan menggemparkan. 

Elakkanlah juga membuat cerita sensasi jika hanya ingin mengambil hati sesetengah pihak yang masih tidak mahu menyegerakan Sidang Parlimen seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong – yang hanya dilihat sebagai tindakan menderhaka. 

Apapun perkara ini telahpun dirujuk kepada peguam beliau untuk diambil tindakan dan sama-sama menunggu apakah yang akan berlaku selanjutnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts