MAHIADDIN TERLEPAS PELUANG UNTUK ‘LEBIH’ DIHORMATI DAN DISEGANI

271
SHARES
874
VIEWS

Bekas Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah negara, Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam satu Perutusan Khas secara langsung jam tiga petang tadi mengambil peluang sepenuhnya untuk melampiaskan ketidakpuasan hati beliau terhadap pihak yang difikirkan menyebabkan kerajaannya tumbang.

Beliau sepatutnya mengambil peluang untuk berundur dengan lebih bermaruah dan berjiwa besar dengan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu kerana telah gagal membawa Malaysia keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Beliau sepatutnya meminta maaf kerana diberi peluang dan kepercayaan penuh oleh YDP Agong dan Raja-raja Melayu tanpa sebarang gangguan, melalui pengisytiharan darurat malah tiada seorangpun  Ahli Parlimen mengganggunya kerana Parlimen turut digantung.

Kuasa penuh tanpa batasan dan halangan ini gagal digunakan sepenuhnya malah lebih teruk negara menanggung hutang yang tinggi namun kes positif harian meningkat tujuh kali ganda berbanding sebelum darurat iaitu sekitar 3,000 kes sehari kepada lebih 20,000 kes di hari-hari terakhir darurat sehingga kini. 

Beliau juga gagal meminta maaf kepada pihak Istana kerana telah memperlekeh titah baginda YDP Agong bukan sekali malah berkali-kali sehingga terpaksa ditegur oleh baginda dengan pelbagai cara termasuk memanggil kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Titah baginda tidak ditaati, diingkari dan juga dipermain-mainkan apabila dengan sengaja memberi alasan tiada tarikh, dikatakan titah baginda selari dengan kehendak Perdana Menteri dan juga kononnya mereka anya mengikut Perlembagaan, yang memberi maksud seolah-olah titah tersebut tidak berperlembagaan.

YDP Agong dimalukan dan Institusi DiRaja diperlekehkan, sehingga membuka ruang kepada kritikan ramai yang tersalah anggap kononnya baginda membelakangkan Perlembagaan dan berpolitik – sedangkan baginda bertindak dalam kerangka Perlembagaan sepenuhnya. 

Tan Sri Mahiaddin sewajarnya menggunakan peluang terakhir yang ada selaku Perdana Menteri untuk menjernihkan suasana tetapi sebaliknya beliau memilih untuk melampiaskan dendam kesumat dan kemarahannya, sehingga terlihat angkuh dan mengungkit kisah beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apatah lagi imej beliau dan Perikatan Nasional tercalar teruk apabila “meminta nyawa” daripada DAP-Pakatan Harapan dan ia terbukti apabila didedahkan oleh DAP sendiri dan melalui tawaran beliau untuk mewujudkan kerajaan ‘bi-partisan’ yang kemudiannya ditolak mentah-mentah. 

Beliau juga berkata kononnya “darjat beliau diangkat” apabila dipecat sebagai Perdana Menteri namun kemudiannya menjadi Perdana Menteri, namun hakikatnya jawatan ini merupakan tanggungjawab, malah beban kepada penyandangnya – malah tiada dalil mengenai janji-janji Allah dengan mengurniakan ‘dunia’ kepada hamba-hamba yang darjatnya diangkat, melainkan ganjarannya di akhirat. Malah satu zikir ‘SubhanAllah‘ jika hendak ditukar dengan dunia dan isi-isinya tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Selain itu, tindakan beliau yang tergagap-gagap apabila mengetahui sidang medianya diadakan secara langsung dan rungutan beliau didengari oleh satu dunia hanya memalukan beliau dan terlihat seperti disabotaj.

Lebih malang, Astro Awani menghentikan siaran langsung tersebut tidak sampai lima minit selepas beliau berucap di depan khalayak, yang hanya mengesahkan dakwaan bahawa beliau selama ini takut untuk berdepan dengan para media.

Rujuk pautan;

https://youtu.be/0k5Os6RNilY

Sayang sekali peluang yang ada tidak digunakan sepenuhnya agar terlihat sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang dihormati tetapi dilihat tidak dapat menerima hakikat kerana terpaksa meletakkan jawatan.

Beliau juga mengulangi dakwaan kononnya beliau tidak mahu bekerjasama dengan “Kluster Mahkamah” dan ‘kleptokrat’, iaitu pihak yang mahu kes-kes mereka digugurkan tetapi ironinya di sebalik tuduhan tersebut, beliau tidak pula membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM serta mendedahkan bukti sekiranya ada.

Tan Sri Mahiaddin juga mengulangi isu lapuk 1MDB kononnya sebagai punca beliau dipecat sebelum ini, sedangkan beliau tidak pernahpun mahu menjadi saksi jika benar mempunyai bukti kukuh dalam tuduhan tersebut.

Kesimpulannya, Tan Sri Mahiaddin gagal menggunakan kesempatan dan peluang yang ada di hari-hari terakhirnya untuk dilihat sebagai Perdana Menteri yang dihormati, dipercayai dan juga disegani.

Peletakan jawatan yang sepatutnya boleh membuatkan beliau tersenyum kerana telah terlepas daripada bebanan tanggungjawab menerajui negara, sebaliknya menambahkan kedukaan dan kemarahan di hatinya.

Semoga Tan Sri Mahiaddin Yassin dapat menerima hakikat dan muhasabah diri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts