Bagaimana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sebagai ‘pencuri’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya beliau menggunakan hasil perolehan kerajaan termasuk melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk disalurkan kepada rakyat?
Tun Mahathir berkata rakyat tidak lagi boleh mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi wang percuma seperti mana dilakukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan kerajaan kini kekurangan dana.
Beliau dipetik berkata sedemikian selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, semalam.
Beliau turut berkata kerajaan PH tidak pernah mencuri wang seperti dilakukan oleh Datuk Seri Najib.
“Rakyat mengharapkan kita memberi wang percuma kepada mereka kerana tabiat ini dipupuk oleh Najib.”
“Sekarang juga rakyat mengharapkan wang percuma tetapi kita tidak ada duit, ini kerana kita tidak mencuri seperti Najib lakukan.”
Pada zaman Barisan Nasional, Datuk Seri Najib menyalurkan bantuan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan tunai kepada penjawat awam serta kepada peneroka FELDA dan FELCRA setiap tahun, selain bantuan tunai kepada nelayan dan pemandu teksi.
Selain itu, bantuan bagi rakyat membuka atau melakukan transformasi kedai runcit juga diberikan melalui Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M),serta bantuan bil ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan yang rendah di hospital kerajaan dan Klinik 1Malaysia tanpa perlu mempunyai insurans.
Pelbagai lagi bantuan telah diberikan pada zaman Barisan Nasional yang kini hampir semua tidak lagi diberikan dengan alasan negara kekurangan wang, negara hampir muflis, wang dirompak kerajaan Barisan Nasional dan pelbagai lagi alasan klise yang sering digunakan mereka semasa menjadi pembangkang yang kini terpaksa dikitar semula.