KESILAPAN BODOH LIM GUAN ENG

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Seorang Menteri Kewangan yang dipertanggungjawabkan untuk urusan kewangan negara tidak boleh langsung tersilap atau ‘diharamkan’ melakukan sebarang kesilapan dalam mengumumkan sebarang jumlah berkaitan kementeriannya.

Ini kerana semakan demi semakan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab bersama jabatan di bawahnya tanpa ada sebarang niat tersembungi sama ada ingin membuat gimik, menyalahkan mana-mana pihak ataupun kerana ingin mengelakkan daripada sesuatu.

Pengesahan perlu dilakukan sebelum sebarang jumlah diumum di Dewan Rakyat ataupun sidang akhbar dan lebih baik ditangguhkan sehingga jumlah sebenar dapat disahkan.

Kesilapan ketara ini telah menjejaskan kredibiliti beliau selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menasihati beliau agar tidak lagi menimbulkan masalah dengan memberikan data kewangan negara yang tidak tepat.

Kesilapan Lim ini juga menunjukkan sikap semberono dan ghairah beliau dalam mencari ruang untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam apa jua perkara, seperti zaman beliau masih sebagai pembangkang.

Jika ‘nilai kesilapan’ yang diambil kira, Barisan Nasional selepas ini boleh memberikan hujah iaitu segala-galanya yang Lim sampaikan adalah tersilap termasuk kehilangan wang pembayaran balik GST yang sebenarnya telah dirompak oleh kerajaan Pakatan Harapan sendiri untuk menampung perbelanjaan negara setelah GST disifarkan, namun beliau tersilap menyebut kerajaan Barisan Nasional sebagai perompak.

Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah kekurangan sebenar adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini iaitu sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion (perbezaaan RM1.337 bilion).

“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua ke atas kesilapan ini. Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan Dewan Yang Mulia ini daripada menyembunyikan perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu.”

“Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.”

“Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh pentadbiran lama merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan keadaan lebihan.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts