PERKASA PERSOAL KENAPA TUTUP KES PEMBUNUHAN ARWAH ADIB?

106
SHARES
342
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA 

29 September 2021

Perkasa hairan dengan kenyataan seorang menteri daripada kementerian yang tiada sangkut paut menguruskan kes penyiasatan pembunuhan seorang anggota beragama Islam daripada Pasukan Bomba bahawa kes tersebut ditutup.

Sangat pelik dan ajaib kenyataan seperti itu bukan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara atau PDRM. Mengapa pula YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan, Peladangan & Komoditi Yang buat kenyataan tersebut? 

Jika hendak kaitkan mangsa semasa YB Zuraida sebagai Menteri yang jaga Pasukan Bomba semasa kejadian, biarlah Menteri yang jaga Pasukan Bomba sekarang yang keluarkan kenyataan sebab YB Zuraida bukan lagi di kementerian tersebut.

Kenyataannya kes tersebut ditutup dan jika ada bukti terbaharu boleh dibuka semula seolah-olah kes tersebut tidak penting. Kes tersebut sewajarnya sentiasa diteruskan penyiasatannya dan jangan ditutup selagi tidak dapat mendakwa pembunuhnya. Inkues yang dijalankan telah membuat keputusan bahawa arwah Adib mati akibat cedera teruk dipukul atau lebih tepat lagi dibunuh.

PERKASA gesa kerajaan bawah pimpinan YAB Dato Seri Ismail Sabri Perdana Menteri yang baru kita ini perlu membuka semula kes tersebut dan sebaiknya tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk siasat kes pembunuhan tersebut dengan lebih telus.

YAB Dato’ Seri Ismail ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mengingatkan Kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan buat-buat lupa kes Adib. Sekarang ini diharapkan YAB Perdana Menteri tidak buat-buat lupa kes Adib juga.

Keluarga arwah perlu mendapat keadilan daripada pihak kerajaan. PERKASA juga mahu pemimpin-pemimpin politik Melayu prihatin dengan kes pembunuhan Adib ini. Kalau kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, bertahun-tahun pimpinan politik bukan Melayu boleh bersama-sama dengan keluarga mendiang perjuangkan keadilan untuk mereka.

Perkasa sedih pemimpin-pemimpin politik Melayu mengambil mudah kes-kes pembunuhan kakitangan Islam kerajaan. Mahu cepat-cepat tutup kes sahaja.

Kes pembunuhan Adib sangat melekat di hati orang Melayu. Tiada siapapun umat Islam reda dengan segala yang berlaku. Sama ada pembunuhan itu sendiri dan juga cara penyiasatan serta tindakan selanjutnya yang telah diambil tanpa keadilan yang jelas untuk arwah dan keluarganya. Keluarga arwah Adib adalah keluarga seluruh umat Islam negara ini.

Sekian

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts