KENAPA TUN MAHATHIR BERIYA MAHU KEMBALI BERSAMA MAHIADDIN?

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Kekecewaan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad apabila dikhianati dan ditikam belakang oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin dan kumpulan Bersatunya menjadi antara sebab beliau meletakkan jawatan, sekaligus menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Kekecewaan Mahiaddin pula ketika itu kerana Tun Mahathir mahu menjadikan Dato’ Seri Azmin Ali sebagai penggantinya, selepas mengkhianati perjanjian menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. Mahiaddin marah dan kecewa kenapakah Azmin pula mahu dijadikan calon Perdana Menteri seterusnya sedangkan beliau jauh lebih senior dan antara pengasas Bersatu.

Episod kekecewaan dan ditikam belakang antara dua individu ini bukanlah rahsia malah secara terbuka orang kuat Mahiaddin mempromosikan bosnya dalam kelas khas yang dibuat di Rumah Latihan MEIO di Jalan Bellamy pada bulan November 2018, sekaligus cuba mematikan langkah Azmin yang dipilih Mahathir – Sebagai rekod Barisan Nasional yang memerintah selama lebih 60 tahun tidak pernah sekalipun menyalahgunakan agensi perisikan negara seperti dilakukan Bersatu yang baru sahaja memerintah beberapa bulan ketika itu.

Ditambah malang bocor pula video semburit Azmin dan kekasihnya Haziq, yang memudahkan kumpulan Mahiaddin melobi agar Tun Mahathir memilih Mahiaddin menggantikannya. Sungguhpun begitu, Tun Mahathir dilihat masih cuba membela Azmin yang jelas terlibat aktiviti liwat dan tidak mahu menyerahkan tampuk pimpinan kepada Mahiaddin kerana tahu beliau tidak layak.

Namun selepas kedua-duanya bertelagah, Tun Mahathir mengorak langkah baharu dengan berbaik-baik kononnya atas perjuangan “demi Melayu dan demi Islam”, yang dirintis awal oleh PAS yang berpura-pura bertemu beliau untuk menyokong dan menandatangani Proklamasi Melayu.

Hakikatnya semua ini hanyalah mainan politik pihak yang kecewa dan takut tidak dapat membentuk kerajaan, maka seperti biasa naratif “Islam dan Melayu terancam” dijaja ke seluruh negara, memainkan propaganda kononnya ia semakin terpinggir dan tidak mendapat pembelaan dari Anwar dan Kerajaan Perpaduan.

Yang jelas semua pihak kini semakin takut apabila kerajaan semakin tegas membongkar dan menyiasat isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Semuanya khuatir akan menjadi Kluster Mahkamah seperti Mahiaddin. 

Kesimpulannya, Tun Mahathir dilihat sangat memerlukan ‘talian hayat’ ketika ini kerana anak dan keluarga serta kroninya turut disiasat. Dalam masa yang sama Bersatu mahu memperguna Mahathir yang manipulatif dan pakar memecah-belah orang Melayu untuk survival mereka. Apatah lagi PAS yang bersikap ‘gold digger‘ mula menjarakkan diri apabila dana Bersatu merosot teruk setelah banyak akaunnya dibekukan.

Realitinya, inilah bukti hipokrasi mereka kerana di zaman Tun Mahathir dan Bersatu bersama Pakatan Harapan, pelbagai kepentingan dan aset Melayu Islam terjual termasuk Tabung Haji. Malah isu ratifikasi ICERD dan Statut Rom yang mengundang kemurkaan Raja-raja Melayu dan mencetus demonstrasi besar-besaran juga terjadi di waktu pemerintahan mereka. Rakyat juga belum lupa insiden kematian anggota bomba arwah Muhammad Adib yang tidak mendapat pembelaan terjadi dalam masa 22 bulan mereka menjadi kerajaan. 

Justeru, adakah rakyat mahu lagi terpedaya dan membodohkan diri sendiri dengan percaya kepada pemimpin-pemimpin terdesak yang kononnya berjuang untuk membela Melayu dan Islam?

Hanya setelah tersepit, barulah “demi Melayu dan demi Islam” mahu dilaungkan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts