MAHKAMAH TINGGI ARAH ZURAIDA BAYAR RM10 JUTA KEPADA PKR

335
SHARES
2k
VIEWS

Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Akhtar Tahir hari ini membenarkan saman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin, kerana melanggar syarat bon yang mengikat kepada parti.

YA Hakim Datuk Akhtar membuat keputusan itu berhubung saman yang difailkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku  Setiausaha Agungnya pada 28 September 2020.

PKR mendakwa bekas menteri itu bersetuju membayar parti berjumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya beliau memenangi pilihan raya atas tiket parti, jika kemudiannya meletakkan jawatan atau bergabung dengan parti lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Sebagai rekod, pada 24 Februari 2020, Zuraida bersama 10 Ahli Parlimen PKR lain telah meletakkan jawatan dan kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang melalui kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR.

Mereka selanjutnya menyertai Perikatan Nasional dan membentuk kerajaan serta ada dalam kalangan mereka kemudiannya dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Ini termasuk Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Kanan Ekonomi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts