‘Regim’ yang dimaksudkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai pentadbiran lama negara iaitu Barisan Nasional yang mempunyai pengaruh ke atas penjawat awam adalah sebenarnya berlaku pada zaman regim Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memerintah selama 22 tahun dan bukannya pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun zaman Perdana Menteri yang lain.
Tommy membangkitkan perkara tersebut apabila Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu media sebelum ini tentang kerisauannya akan penjawat awam yang membocorkan maklumat terhadap pentadbiran lalu.
Beliau tidak perlu menunjukkan kerisauan yang tidak perlu dan tidak berlaku dalam kalangan penjawat awam kerana rata-ratanya mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lepas. Ini jelas boleh dilihat melalui laman sosial yang secara terang-terangan ramai penjawat awam mengutuk kerajaan Barisan Nasional sebelum dan selepas PRU14.
Justeru Tommy tidak perlu membuat ‘false alarm‘ yang hanya akan merugikan kerajaan Pakatan Harapan sendiri demi untuk membantu Perdana Menteri mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Cara yang sama yang digunakan oleh Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik sebelum ini yang menuduh pegawai pentadbiran kanan universiti awam bertindak menyalurkan maklumat kepada Barisan Nasional.
Tommy juga memberi amaran penjawat awam yang melakukan sabotaj atau membocorkan maklumat tersebut akan didakwa jika ada cukup bukti untuk berbuat demikian.
“Jika anda tanya mana-mana menteri, mereka juga berdepan masalah sama.”
“Ini kerana ada penjawat awam yang begitu lama bawah regim terdahulu (BN).”
“Saya pasti akan ada pendakwaan berkenaan perkara ini.”
Kemudian ketika ditanya pemberita tentang bila dakwaan akan dibuat, Thomas berkata beliau belum menerima kertas siasatan berhubung kes seumpama itu.