LOKMAN ADAM: KONSPIRASI PH-AMERIKA HAPUS BUKTI KES AKTA KLEPTOKRASI?

189
SHARES
564
VIEWS

KONSPIRASI PAKATAN HARAPAN-AMERIKA UNTUK MENGHAPUSKAN BUKTI KES AKTA KLEPTOKRASI?
Oleh Lokman Adam
14hb Ogos, 2018

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pakatan Harapan di Parlimen hari ini bahawa Amerika Syarikat telah menyerahkan kapal layar Equanimity yang kononnya dibeli oleh Jho Low menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB kepada Malaysia.

1. Adakah kapal itu milik Amerika? Ianya mahu dirampas DOJ untuk satu saman sivil yang masih belum dibicarakan. Kalau bicarapun belum, jatuh hukumpun belum, bukti bahawa kapal itu dibeli guna duit 1MDB pun tiada, macamana ianya boleh jadi hak Amerika untuk diserah kepada Malaysia?

2. Adakah kebenaran yang diberikan oleh Amerika untuk Equanimity diserahkan kepada kerajaan Malaysia merupakan sebahagian dari konspirasi diantara pihak tertentu dalam Pakatan Harapan dengan Amerika (Sepertimana Disahkan Oleh Pihak IRI) untuk menghapuskan bahan bukti supaya proceding saman sivil ke atas Reza Aziz, Jho Low, Khadim al Khubaishi dan Muhammad Badawi dibatalkan. 17 aset 4 individu ini mahu dirampas atas tuduhan ianya dibeli menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB.

3. Kalau barang yang hendak dirampas sudah tiada, contohnya Kapal Layar Equanimity diserah kepada Malaysia, Jet Peribadi yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura juga mahu diserahkan kepada Malaysia, maka kalau semua bahan yang hendak dirampas sudah tiada, proceding apa yang DOJ hendak lakukan? Maka, bagaimana Rakyat Malaysia hendak tahu bahawa tuduhan Pakatan Harapan dan DOJ bahawa harta itu dibeli guna duit 1MDB adalah benar atau hanya satu fitnah untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional?

4. Kenapa selepas 97 hari Pakatan Harapan memerintah, Peguam Negara masih gagal mendakwa Dato Sri Najib Razak atas tuduhan mencuri duit 1MDB? Bukankah Dato Sri Shukri Abdull SPRM cukup gairah membekukan akaun sesiapa sahaja yang kononnya pernah menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Najib hasil duit yang dicuri dari 1MDB? Adakah tuduhan itu sebenarnya satu fitnah?

Mungkin sekarang baru rakyat akan faham kenapa Mac lalu pembicaraan akta kleptokrasi 4 individu tadi di tunda ke September, 2018, iaitu selepas pilihanraya Malaysia. Rupa-rupanya, menjelang September, bahan buktipun silap-silap dah dilelong dan pembicaraan kes Saman Sivil DOJ ke atas Jho Low, Reza Aziz, Khadim Al Khubaishi dan Mohamad Badawipun belum tentu akan berjalan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts