PERANG PSIKOLOGI RAFIZI TERHADAP AZMIN

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Perang psikologi telah dimulakan oleh Rafizi Ramli, Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan PKR yang akan diadakan September depan.

Beliau akan menentang Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dipetik berkata, Azmin tidak perlu meletakkan jawatan Menteri sekiranya kalah kerana pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah jawatan dalam kerajaan yang tidak ada kena mengena dengan parti.

Menurut Rafizi, pelantikan seseorang sebagai Menteri adalah melalui dua saluran iaitu dicadangkan parti hasil rundingan dalaman selain pilihan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas budi bicaranya sebagai Perdana Menteri.

Nada Rafizi juga seperti menyindir Azmin yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkemungkinan besar melantik beliau sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir dalam diam tidak menyetujui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat bagi menggantikannya.

“Saya tidak nampak apa saja keputusan dalam pemilihan PKR nanti akan menyebabkan Mohamed Azmin perlu mengundurkan diri dari jawatan Kabinet.”
“Saya juga tidak nampak kenapa PKR kena berkeras menyuruh beliau meletakkan jawatan dan saya tidak rasa Perdana Menteri mengambil ketetapan meminta beliau meletak jawatan.”
“Ini tidak akan berlaku.”
“Dr Mahathir yang melantik Mohamed Azmin atas budi bicaranya sedangkan namanya tiada dalam senarai parti, mana mungkin beliau akan diminta meletakkan jawatan.”
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts