ORANG KUAT MAT SABU DISIASAT SPRM KES BANTUAN RM800k

107
SHARES
346
VIEWS

Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dakwaan dakwaan beliau menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutang dan dikeluarkan daripada status muflis.

Sementara itu, sumber yang memberitahu pihak media, pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada empat tahun yang lepas.

Status muflis tersebut kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan.”

Sumber yang memberitahu kepada media berkata, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan bersama 10 individu lain, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

“Agak meragukan bila dia dikatakan akan dilantik sebagai pembantu kepada menteri.”

Sumber tersebut juga berkata SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan sedang dijalankan tetapi enggan mendedahkan butiran berkaitan.

Tahniah buat SPRM semoga mampu menggalas tugas dengan lebih baik dan lebih berani sekurang-kurangnya mampu menyaingi kecekapan SPRM era Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berani menangkap dan membongkar kes-kes melibatkan ‘jerung’ dan bukan hanya kes-kes kecil.

Walaupun masyarakat mengetahui tumpuan utama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull adalah terhadap 1MDB dan beliaumasih terkial-kial mencari bukti mengaitkannya dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak walaupun tempoh 100 hari hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts