KENYATAAN MEDIA KETUA BAHAGIAN PUTRA HULU LANGAT
27 Disember 2021
Tentunya apabila bencana banjir datang mengejut, rakyat yang terkesan teruk. Bencana ini juga menguji kecekapan pihak berkuasa dan semua pihak yang terlibat. Namun semuanya terlihat gagal dan bercelaru, menatijahkan derita rakyat dengan 47 kematian dan 5 masih hilang setakat ini.
Di Selangor paling teruk terkesan terutamanya di Taman Sri Muda Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Sungai Lui Hulu Langat dan semua pihak memberi alasan dan punca-punca banjir serta kelemahan koordinasi dan penyelarasan bagi membantu rakyat dengan pantas.
Pada hemat PUTRA Hulu Langat, sebab-sebab banjir yang tidak diduga adalah seperti berikut;
1. Sistem saliran dan perparitan yang tidak efektif serta pembinaan lebuhraya EKVE tanpa mengambil kira “environment impact” dan juga kerakusan pihak-pihak tertentu melalui penerokaan dan penebangan hutan yang tidak terkawal serta pelepasan air di Empangan Langat serta Empangan Semenyih yang tidak mengikut SOP juga menjadi punca banjir ini berlaku.
2. Pihak berwajib khususnya kerajaan yang sudah sedia maklum di kawasan-kawasan tertentu adanya “Prone Flood Area” tetapi tidak membuat persediaan atau perancangan untuk menyediakan pam yang boleh menyedut keluar air dengan kapasiti yang lebih besar.
3. Perubahan ekosistem dengan mengecilkan saiz lembangan sungai menyebabkan tidak dapat menakung laluan air yang banyak serta tidak dapat mengalirkan terus ke laut apabila hujan lebat.
4. Berlaku kelewatan bantuan aset kerajaan khususnya milik ATM tiba lewat di kala bencana melepasi paras kritikal.
5. Tanggungjawab pengurusan mangsa banjir termasuk koordinasi di mana NADMA gagal melaksanakan tugas dengan sempurna.
Sewajarnya kerajaan mengambil pendekatan mampan mendepani masalah rutin seperti ini tanpa menyalahkan mana-mana pihak, konsep “kambing hitam” sudah lama berlalu, rakyat perlu penyelesaian tuntas terhadap semua perkara yang menjadi ancaman kepada rakyat.
PUTRA PERKASA NEGARA
Sekian.
Kamarudin bin Ismail
Ketua Bahagian PUTRA Hulu Langat Selangor