ADAKAH MARA MERUPAKAN ANAK SYARIKAT KEPADA PARTI POLITIK?

123
SHARES
397
VIEWS

Kenyataan Media PERKASA 

7 Februari 2022

PERKASA amat terkejut bila terbaca pendedahan oleh Sinar Harian pagi ini bila dapati begitu ramai orang politik daripada satu parti mengusai anak-anak syarikat MARA.

Lebih mengejutkan bila Pengarah Bebas dalam setiap anak syarikat bukan sahaja hanya ada seorang, bahkan ada anak syarikat tanpa seorangpun Pengarah Bebas. Ini sangat-sangat bertentangan dengan Buku Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA yang menerima pakai Malaysian Code of Corporate Governance (MCCG) yang secara jelas menetapkan komposisi pengarah bebas di dalam syarikat perlu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keseluruhan ahli lembaga. Sendiri buat peraturan, sendiri langgar.

Sudah sampai masanya kerajaan menetapkan semua anak syarikat kerajaan atau agensi wajar mempunyai 40 sehingga 50 peratus Pengarah Syarikat Bebas. Jika ada 10 orang Ahli Lembaga Pengarah, 4 daripadanya pengarah bebas, 3 daripada syarikat induk, 2 daripada parti memerintah dan 1 daripada parti pembangkang. Pastinya perjalanan anak-anak syarikat kerajaan berjalan lebih baik.

Mereka yang akan dilantik sebagai Pengarah Bebas mestilah calon yang benar-benar layak dengan kelulusan dalam bidang selari dengan perniagaan syarikat. Mereka tiada berpihak dan benar-benar bebas tidak takut untuk bantah mahupun setuju serta memberi pandangan-pandangan yang benar menguntungkan syarikat.

Bagitu juga daripada parti politik, hendaklah mereka yang benar-benar layak sahaja dilantik. Mereka ini lebih kepada memantau perjalanan syarikat tidak lari daripada tujuan anak syarikat itu diwujudkan secara tersirat.

PERKASA menggesa kerajaan membuat pemutihan terhadap semua anak-anak syarikat Kerajaan dan agensi agar Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat kerajaan yang tidak seimbang anggotanya, sehingga terlihat ia bukan anak syarikat Kerajaan tetapi lebih kepada anak syarikat parti, segera diperbetulkan.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung Perkasa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts