MPPK KESAL TINDAKAN MENGHINA PELAJAR

123
SHARES
397
VIEWS

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengambil maklum mengenai sebuah video yang tular melibatkan seorang pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru/baru ini.

MPPK mengambil pendirian untuk membantah sebarang tindakan menghina pelajar yang keterlaluan seperti yang dilakukan oleh pensyarah tersebut dalam video itu.

Penghinaan beliau terhadap golongan B40 secara jelas tidak melambangkan beliau sebagai seorang pensyarah sebuah universiti yang mengutamakan golongan B40.

Pada masa yang sama, MPPK juga mendesak UiTM untuk mengambil tindakan yang proaktif dan rasional bagi memastikan isu tersebut diselesaikan dengan baik dan tidak berulang lagi di masa hadapan.

Hal ini bagi memastikan imej UiTM sebagai sebuah universiti yang sentiasa berusaha untuk mengubah nasib golongan B40 akan terus terjaga selari dengan matlamat penubuhan UiTM.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

30 Mac 2022

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts