• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

SCAMMER SASAR GOLONGAN VIP

Peningkatan kes penipuan siber kebelakangan ini dilihat sangat membimbangkan

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
March 30, 2022
in Semasa, Utama
0
SCAMMER SASAR GOLONGAN VIP
18
SHARES
204
VIEWS

Pihak berkuasa wajar membanteras segera kes penipuan siber melibatkan scammer yang menggunakan identiti golongan VIP atau orang kenamaan,  menteri, pegawai tinggi kerajaan serta pemimpin politik ini sepatutnya ditangani awal dan jangan dibiarkan melarat. Setakat ini, sudah hampir dua minggu kes ini berlanjutan setelah dilaporkan oleh mangsa dan pengadu.

Namun sehingga ke hari ini ia seolah-olah tidak disiasat terperinci atau tidak berjaya dihentikan kerana scammer yang sama masih  bebas menggunakan telefon sama untuk melakukan penipuan. 

Sampai bilakah kes melibatkan scammer ini mahu dibiarkan? Jika semua nombor kenalan dalam telefon individu yang dijadikan mangsa itu digunakan untuk memohon bantuan wang menggunakan gambar dan nama mangsa, bukankah dengan mudah pihak berkuasa boleh menyemak siapa pemilik nombor tersebut dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)?

Bahkan pihak Teknologi Maklumat (IT) PDRM tentu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti siapa pemilik nombor tersebut dan mengesan siapa dalangnya. 

Pihak berkuasa juga perlu bekerjasama dengan semua pihak dan mewujudkan rangkaian termasuk bersama NGO bagi menangani hal ini kerana ia melibatkan hal keselamatan dan data pengguna. Apatah lagi jika melibatkan golongan kenamaan yang tentunya senarai nombor telefon mereka melibatkan VIP yang lain, agensi keselamatan, individu penting serta pihak kedutaaan luar negara.

Bukankah ini merupakan satu “serious breach” di mana penipuan scammer seperti ini tidak lagi boleh dilihat daripada sudut penipuan wang semata-mata tetapi perlu ditinjau daripada sudut ancaman keselamatan terhadap negara.

Jika nombor pemimpin negara dan tokoh politik juga boleh dibocorkan bagi memperolehi wang, dikhuatiri masalah seterusnya akan melibatkan isu-isu keselamatan atau ancaman rentas sempadan. Pelbagai maklumat mungkin telahpun mereka perolehi untuk merencanakan tindakan selanjutnya yang tidak lagi boleh dipandang sebelah mata.

Diharapkan pihak kerajaan dapat mewujudkan satu pasukan khas bagi menangani masalah ini secara komprehensif, pantas dan yang paling penting penjenayah siber atau scammer ini berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Rakyatpun sudah letih dan ternanti-nanti apakah tindakan yang akan dilakukan bagi menghentikannya. 

Tags: Jenayah siberPDRMScammer VIPSKMM
Previous Post

ISU PENJUALAN MYSEJAHTERA, KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS – TOK MAT

Next Post

MPPK KESAL TINDAKAN MENGHINA PELAJAR

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

‘SPY’ ATAU ‘BARUA’ YAHUDI ZIONIS?

‘SPY’ ATAU ‘BARUA’ YAHUDI ZIONIS?

October 23, 2022
OPERASI AMATUR MOSSAD GAGAL, ISRAEL KEMBALI ‘KOYAK’

OPERASI AMATUR MOSSAD GAGAL, ISRAEL KEMBALI ‘KOYAK’

October 19, 2022
PERKASA GESA PDRM JELAS DAKWAAN ANGGOTANYA DIRASUAH PEMANDU LORI WARGA ASING

PERKASA GESA PDRM JELAS DAKWAAN ANGGOTANYA DIRASUAH PEMANDU LORI WARGA ASING

July 8, 2022
PENIPUAN SIBER: SKMM DAN POLIS PERLU LEBIH PRO AKTIF 

PENIPUAN SIBER: SKMM DAN POLIS PERLU LEBIH PRO AKTIF 

March 26, 2022
DUA MAJIKAN DIKOMPAUN RM50,000, PREMIS  BEROPERASI TANPA KEBENARAN MITI

DUA MAJIKAN DIKOMPAUN RM50,000, PREMIS  BEROPERASI TANPA KEBENARAN MITI

July 9, 2021
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA TAN SRI HAMID BADOR – PUTRA

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA TAN SRI HAMID BADOR – PUTRA

May 2, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In