BELIA SAMBUT BAIK INISIATIF PERDANA MENTERI UMUM TOL PERCUMA, DISKAUN SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI

342
SHARES
2k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Golongan belia amat menyambut baik pengumuman yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemberian tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pemberian inisiatif ini sudah pastinya akan meringankan beban Keluarga Malaysia yang akan kembali semula ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Aidilfitri setelah lebih dua tahun tidak dapat pulang beraya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ia juga membuktikan keprihatian kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

Kami ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Sri atas pengumuman ini. Semoga dengan pengumuman ini sedikit sebanyak akan membantu Keluarga Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Ahli Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Majlis Belia Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts