SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

80
SHARES
257
VIEWS

Taqabbal Allah minna waminkum… Pada hari ini Ahad 10 Julai 2022, umat Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aildiladha dengan penuh kemeriahan.

Walaupun jalan raya dipenuhi dengan mereka yang bergegas pulang berhari raya sehingga menimbulkan kesesakan berpuluh kilometer di sesetengah tempat, namun kemeriahannya tetap terasa.

Kesesakan ketika pulang berhari raya ini sudahpun menjadi ‘acara rasmi’ setiap tahun, bahkan bukan hanya ketika Hari Raya Aidiladha sahaja namun berlaku di setiap musim perayaan, tidak kira sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina ataupun Deepavali. Apa yang penting, semua perlu berhati-hati ketika pulang berhari raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Justeru, seluruh kakitangan Editor Malaysia daripada Sidang Editorial, Teknologi Maklumat dan pentadbiran mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aildiladha buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts