BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DI PROGRAM QURBAN PERDANA MADANI 1444H DI PULAU PINANG

335
SHARES
2k
VIEWS

Lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang hari ini dimulakan dengan singgah di Kenduri Qurban dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu bersama masyarakat setempat.

Beliau sempat menjamu selera masakan kampung yang disediakan antaranya gulai daging ubi, air asam dan daging kari selain bertukar pandangan serta pendapat berkaitan isu-isu semasa. Peluang ini juga digunakan menjelaskan isu-isu yang mendesak seperti langkah kerajaan membasmi dalam rasuah, penyelewengan dan penambahbaikan infra.

Sewaktu disapa media, YAB Perdana Menteri maklumkan kepulangan beliau bukannya bagi memperoleh keyakinan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, sebaliknya ruang untuk bermesra dan menyantuni penduduk setempat yang selama ini setia bersamanya dan kepimpinan.

Alhamdulillah, sewaktu program Qurban Perdana Madani 1444H, saya sempat menyantuni masyarakat setempat di Arowana Permatang Pauh sementelahan dengan sambutan perayaan Hari Aidiladha.” 

Beberapa ekor lembu ditumbangkan dan serahan daging qurban diberikan kepada mereka yang layak dalam suasana penuh keharmonian.” 

YAB Perdana Menteri kemudiannya menyantuni penduduk Kampung Sama Gagah sambil menyampaikan amanat agar masyarakat menolak politik yang dimomokkan dengan fitnah hatta ia boleh membawa kepada perpecahan sesama rakyat negara ini.

Nescaya, apa jua kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk hasutan, bakal mengundang padah waima dilontarkan dari pemimpin politik mahupun penceramah agama sekalipun.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts