• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HASANAH DIBEBASKAN SEPENUHNYA, MEIO PERLU ‘DIBERSIHKAN’ SEGERA

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
August 9, 2022
in Laporan, Utama
0
HASANAH DIBEBASKAN SEPENUHNYA, MEIO PERLU ‘DIBERSIHKAN’ SEGERA
47
SHARES
526
VIEWS

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) daripada tuduhan pecah amanah berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain selepas mendapati adalah tidak adil untuk membiarkan pertuduhan terhadap Hasanah tergantung begitu sahaja.

“Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan.” 

“Tidak adil untuk pertuduhan ini terus tergantung di kepalanya lebih dari setahun. Keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian,” tambah Roz Mawar.

Sebagai rekod, pada 12 April tahun lepas, Hasanah hanya dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan baharu berkaitan kes berkenaan dan kononnya beliau akan dituduh dengan pertuduhan baharu berdasarkan kepada penemuan itu.

Akhirnya kebenaran terserlah, kebencian politik diterjemahkan kepada pertuduhan tidak berasas hasil daripada maklumat palsu dan aniaya oleh pegawai-pegawainya sendiri yang tentunya kini sedang kepanasan apabila perbuatan jahat mereka akhirnya gagal.

Paling penting, nama MEIO wajar dibersihkan setelah ia diburukkan oleh pegawai-pegawainya sendiri yang sangat oportunis dan suka menganiaya pihak lain asalkan matlamat tercapai. Tindakan mereka bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah ia membuatkan agensi perisikan lain di luar negara mula meragui kemampuan MEIO dan menjauhinya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. 

Persoalan lebih utama ialah adakah MEIO akan mula ‘memburu’ dan membawa ‘culprit‘ sebenar yang sengaja mengambil kesempatan menganiaya apabila kerajaan bertukar? Gunakan sahaja maklumat sedia ada yang sudahpun dalam tangan pihak MEIO dan jangan ‘diperamkan’. 

Setidak-tidaknya buang sahaja mereka daripada perkhidmatan awam kerana terlalu ramai pegawai atasan dan rakan sekerja sendiri dianiaya selama ini. Ini kerana perbuatan khianat dan mensabotaj negara ini merupakan kesalahan yang sangat besar dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja. 

Namun masih adakah keberanian sebegitu di MEIO kerana walaupun Ketua Pengarahnya silih berganti sejak PRU-14 tetapi kes aniaya dan khianat ini masih tidak disiasat hatta secara siasatan dalaman sehingga kini?

Apapun, sama-sama kita nantikan.

Tags: Bahagian PenyelidikanHasanahKhianatMahkamah TinggiMEIO
Previous Post

PERIKATAN NASIONAL MERAJUK LAGI KEPADA ISMAIL SABRI

Next Post

PUTRA SAMBUT BAIK HASRAT HAMIDAH, HASBULLAH KELUAR PARTI

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

December 31, 2022
KERAJAAN WAJAR SIASAT INSIDEN LATHEEFA KOYA BOCORKAN PERBUALAN NAJIB-PRESIDEN UAE

KERAJAAN WAJAR SIASAT INSIDEN LATHEEFA KOYA BOCORKAN PERBUALAN NAJIB-PRESIDEN UAE

December 7, 2022
ISU MONOPOLI BERAS DAN RM400 JUTA SHAHIDAN, ISU DANA JUDI SERTA SKANDAL RM600 BILION KETIKA DARURAT

ISU MONOPOLI BERAS DAN RM400 JUTA SHAHIDAN, ISU DANA JUDI SERTA SKANDAL RM600 BILION KETIKA DARURAT

December 6, 2022
TANGAN GHAIB MENCATUR SERANGAN MEDIA TERHADAP ZAHID?

TANGAN GHAIB MENCATUR SERANGAN MEDIA TERHADAP ZAHID?

November 23, 2022
SYED SADDIQ DIPERINTAH BELA DIRI

SYED SADDIQ DIPERINTAH BELA DIRI

October 28, 2022
SHAFEE ABDULLAH DILEPAS DAN DIBEBASKAN DARIPADA SEMUA PERTUDUHAN PENGUBAHAN WANG HARAM

SHAFEE ABDULLAH DILEPAS DAN DIBEBASKAN DARIPADA SEMUA PERTUDUHAN PENGUBAHAN WANG HARAM

October 28, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In