PERBINCANGAN MEJA BULAT BERSAMA AGENSI SERTA PELAKSANA KURIKULUM ASUHAN PERMATA (KAP)

80
SHARES
258
VIEWS

Tarikh: 25 Ogos 2020 (Rabu & Khamis)  

Tempat: Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor 

Aktiviti Program

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (National Child Development Research Centre – NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan siri perjumpaan meja bulat yang buat julung-julung kalinya dihadiri hampir 60 orang peserta terdiri daripada penyelidik, dan 18 agensi antara lain pada 25 Ogos 2022 bertempat di Eastin Hotel, Kuala Lumpur. 

Perjumpaan yang dihadiri hampir 60 orang peserta terdiri daripada penyelidik,  dan 18 agensi antara lain adalah untuk  memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak normal dan bekeperluan khas di peringkat asuhan. Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat adalah seperti KPM, GENIUS, JKM, KEMAS, JPNIN, IPG, YPKT, Jurulatih KAP, Childline Foundation, PPBM, Persatuan Down Sindrom, Persatuan Dyxlexia Malaysia, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), GAPS, Kolej Poly-Tech Mara KB, UMCced, UPM dan penyelidik UPSI

Kajian Semakan Semula Kurikulum dan Pemurnian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (KAP) dilaksanakan adalah untuk  memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak normal dan bekeperluan khas di peringkat asuhan. 

Penutup

Perbincangan meja bulat bersama agensi serta pelaksana Kurikulum Asuhan Permata (KAP) ini dapat mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan KAP  (1-4 tahun) sedia ada yang sudah melebihi 5 tahun kewujudannya. Dengan mengambil kira Pendidikan Berkualiti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), perjumpaan meja bulat ini juga dapat memurnikan lagi keperluan terkini KAP kepada pengasuh, pengamal, ibu bapa dan komuniti di Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan asuhan di Malaysia  

Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan

Penyelaras Penerbitan, dan Jaringan Industri dan Komuniti

NCDRC UPSI

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts