MAHASISWA UPSI, INTEL LIBAT PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Rumah Amal Kulim, Kulim – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merebut peluang keemasan bekerjasama dengan sebuah syarikat ternama, INTEL dalam program “Helping hands, helping hearts”: Community Outreach Program.

Program yang melibatkan 40 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 70 warga kerja INTEL yang dijalankan di Rumah Amal Kulim telahpun mencapai objektifnya di mana ia bertujuan mempromosikan 3 Dasar OKU yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dasar-dasar tersebut ialah;

(1) Advokasi – Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif kepada OKU dalam masyarakat menerusi program yang berkesan

(2) Sosial – Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial

(3) Penglibatan masyarakat – Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU

Timbalan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, Prof Madya Ts Dr. Mahizer Bin Hamzah yang turut hadir berkata bahawa program sukarelawan sebegini wajar diteruskan dalam kalangan mahasiswa kerana ia mampu memberi pendedahan secara praktikal kepada mereka.

Program seperti ini juga menjadi satu platform khas untuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi lebih peka dengan OKU supaya mereka jelas tentang hak dan kesaksamaan yang harus diberikan kepada orang kurang upaya, katanya lagi.

Semasa dihubungi, Pengarah program Operasi Khidmat Masyarakat, saudari Syazalia Sukiman berharap agar pelaksanaan program ini disambut baik oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI agar mereka lebih jelas bahawa golongan kurang upaya ini penting untuk semua.

Oleh Syazalia Sukiman

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts