SELEPAS NAJIB, TIBA GILIRAN ZAHID DAN TOK MAT?

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Rancangan jahat untuk mengenakan pimpinan tertinggi UMNO terutamanya bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat sudahpun dirancang daripada hari pertama Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Malah jika menurut perancangan asal Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, semua pemimpin-pemimpin UMNO yang ada mahu dipenjarakan, cuma setelah hanya mampu bertahan selama 22 bulan, maka rancangan ini terbantut sekerat jalan.

Tetapi hakikatnya rancangan itu langsung tidak berhenti walaupun Perdana Menterinya silih berganti. Apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, ketika itu ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO masih tidak menyedari rancangan itu masih berjalan, kerana walaupun Perdana Menterinya bertukar, namun tangan-tangan ghaib di belakang mereka masih rancak merancang pelbagai perkara untuk menguasai dan menjarah hasil negara.

Tetapi apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan, lagilah ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO langsung tidak perasan bahawa rancangan untuk memastikan UMNO dimusnahkan masih berjalan, walaupun Perdana Menteri daripada parti UMNO sendiri. Malah, wujud perancangan rapi untuk mengenakan Najib, Zahid dan Tok Mat yang dilakukan oleh pihak dalam UMNO yang terang-terangan bersikap khianat terhadap rakan sendiri.

Malangnya perkara ini tidak dihidu awal, mungkin kerana imej ‘bersih’ pelakunya yang kemaruk mahu kekal menjadi Perdana Menteri berjaya menenggelamkan rancangan jahat yang telah dimulakan sejak Mei 2018 yang dimulakan oleh Pakatan Harapan, diteruskan oleh Perikatan Nasional dan akhirnya berjaya disempurnakan oleh Keluarga Malaysia di bawah Ismail Sabri. 

Jika anak Tun Razak boleh dipenjarakan walaupun terdapat sebegitu banyak keraguan munasabah dalam kesnya, tentu selepas ini lebih mudah menyasarkan Zahid dan Tok Mat yang sudahpun sedikit demoralize apabila Najib dipenjarakan. Walaupun dengan pemenjaraan Najib belum tentu UMNO melemah, tetapi hakikatnya kehilangan beliau tentu memberi kesan kepada parti.

Dalam hal Tok Mat pula, bukan rahsia lagi ada pihak yang mengaku membayar blogger yang kini menetap di luar negara, bertemu di London dan membayarnya untuk memburuk-burukkan Timbalan Presiden UMNO tersebut. Ini semua kerana apa? Hakikatnya semua ini dilakukan mereka semata-mata kerana mahu kekal menjadi Perdana Menteri, walaupun caranya sebegitu jahat dan mengorbankan rakan sendiri. 

Justeru, sampai bila pengkhianatan terang-terangan depan mata ini mahu lagi dikompromi? Cukup-cukuplah. Ambillah iktibar daripada nasihat Datuk Lokman Adam iaitu, “Sampai bila kita mahu dimainkan oleh Ismail Sabri?” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts