ISMAIL SABRI BAKAL JADI PERDANA MENTERI PALING DIBENCI?

510
SHARES
1.6k
VIEWS

PRU-15 dilewatkan sehingga tahun depan

Strategi melengah-lengah atau melambat-lambatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dilihat akan “memakan tuan” dan memberi kekuatan dan kelebihan kepada Pakatan Harapan, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap tidak mengendahkan saranan parti sendiri untuk menyegerakannya.

Sungguhpun tindakan beliau ini dilihat menguntungkan Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama Perikatan Nasional pula mengambil kesempatan, Ismail Sabri tetap berhelah dengan pelbagai cara termasuk mahu menunggu “waktu sesuai”. Hakikatnya waktu sesuai yang dimaksudkan adalah pada hari-hari terakhir Parlimen terbubar dengan sendiri kerana “daya tarikan” jawatan Perdana Menteri itu sukar untuk beliau elak walau ia menjejaskan partinya sendiri.

‘Nego’ jawatan Perdana Menteri

Bukan rahsia lagi rancangan Ismail Sabri untuk ‘nego‘ dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri seawal bulan Mac lepas telah beliau khianati walaupun cadangan tersebut datang daripada beliau sendiri.

Sebagai tambahan, dalam rancangan awal untuk ‘mengenakan’ tiga pemimpin utama UMNO demi untuk kekal menjadi Perdana Menteri, wujud pengakuan seorang Datuk Seri dalam pasukan yang dibentuknya itu, mengaku bahawa beliau telah membayar blogger luar negara untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO tertentu yang menjadi sasaran mereka. 

Begitulah realitinya, apabila demi secangkir kuasa, sejarah telah membuktikan hatta rakan sesama rakanpun sanggup ditikam belakang – walau sebelum ini di depan mereka berjabat tangan dan mesra berpelukan. 

Akar umbi dan penyokong-penyokong tegar PH menolak Perikatan Nasional

Bukankah Ismail Sabri sendiri lebih arif dan tahu bahawa selain pemimpin-pemimpin UMNO dalam kabinet, para pengkhianat Pakatan Harapan yang majoritinya kini berada dalam Perikatan Nasional ditolak secara total oleh akar umbi dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan – tetapi beliau dan “pasukan pencatur” di sekelilingnya tetap merasakan Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional akan bangkit kembali.

Sedangkan realitinya mereka ini pasti akan ditolak di PRU-15 kelak malah rancangan Mahiaddin untuk bersama dalam Khemah Besar Pakatan Harapan juga ditentang hebat oleh akar umbi dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang sebegitu benci dengan pengkhianat yang menurut mereka telah menyebabkan kerajaan kesayangan mereka tumbang hanya selepas 22 bulan berkuasa.

Menanti waktu menghukum pengkhianat 

Bagi mereka, pengkhianat sebegini wajib dihukum dan dihumban apabila tiba masanya mandat kembali diserahkan kepada rakyat. Bagi mereka, tiada ruang dan peluang lagi untuk pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional yang dahulu bersama Pakatan Harapan kerana peritnya dikhianati ini masih dirasai. Selepas kerajaan kebanggaan mereka ini tumbang oleh pengkhianat maka misi menghukum mereka ini menjadi objektif utama akar umbi dan penyokong-penyokong tegar, selain demi memastikan Pakatan Harapan kembali berkuasa dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kesepuluh.

Akar umbi UMNO turut menolak pengkhianat parti 

Isu pengkhianat ini sama seperti UMNO yang majoriti akar umbinya menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional kerana di dalamnya dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin ‘katak’ yang melompat apabila UMNO kalah di PRU-14 lepas. Sama seperti akar umbi dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang tidak boleh bertoleransi dengan pengkhianat-pengkhianat, akar umbi dan penyokong-penyokong UMNO pasti menghukum dan menghumban mereka apabila tiba masanya kelak.

Justeru isu melengah-lengah atau melambat-lambatkan PRU-15 ini bukanlah masalah besar bagi UMNO yang akan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk memulihkan parti dengan menggunakan kelebihan dan kekuatan jutaan akar umbi yang ada, dengan dibantu oleh para kepimpinan yang mencurahkan taat setia kepada Presiden dan parti mereka.

Rancangan ambil alih UMNO bakal digagalkan

Rancangan jahat beberapa kerat pemimpin UMNO pro Mahiaddin dan Perikatan Nasional untuk mengambil alih UMNO juga sedang menuju kegagalan walaupun Presidennya bakal dihumban ke penjara. Ini kerana setakat ini watikah pelantikan akan berubah tangan kepada pemimpin lain yang anti Perikatan Nasional – DEMI MEMASTIKAN PAKATAN HARAPAN TIDAK KEMBALI BERKUASA DAN KEMBALI MEMUSNAHKAN NEGARA. 

Dua rancangan utama Perikatan Nasional

Oleh kerana itulah Perikatan Nasional terdesak jika rancangan pertama mereka mahu bergabung di bawah Rancangan Khemah Besar Pakatan Harapan gagal maka rancangan kedua memaksa UMNO menerima Bersatu dengan menggunakan parti PAS sebagai “orang tengah” untuk meneruskan Muafakat Nasional tetapi dengan syarat Bersatu dijemput bersama.

Tujuannya apa? SEMATA-MATA DEMI UNTUK KELANGSUNGAN PARTI BERSATU YANG AKAN BERKUBUR JIKA KEDUA-DUA RANCANGAN DI ATAS INI TIDAK TERLAKSANA.

Salah memilih strategi

War room” Mahiaddin yang dibantu bahagian risikan yang kini aktif bergerak di belakang Ismail Sabri telahpun mengesahkan strategi salah yang beliau gunakan. Bukan sahaja ‘overkill‘ malah kini bakal menjerat diri. Adakah sempat kembali ke pangkal jalan ataupun tidak, hanya Ismail Sabri yang boleh menjawabnya setelah terjerat dengan strategi politiknya sendiri. 

Pilihan dibenci semua pihak atau hanya ditolak penyokong-penyokong PH

Justeru kini rakyat boleh melihat siapa mahu bersama siapa dan adakah demi perjuangan atau demi keserakahan politik yang dipilih mereka? Adakah pilihan mereka untuk membantu negara dan rakyat atau hanya untuk kekal berkuasa?

Jika memilih bersama UMNO, setidak-tidaknya hanya sebelah pihak yang akan membenci Ismail Sabri. Tetapi jika bersama Perikatan Nasional yang pasti akan bergabung kembali bersama Pakatan Harapan, akar umbi kedua-dua belah pihak akan membenci dan menolaknya.

Pilihan kini di tangan Ismail Sabri untuk menentukan nasibnya sendiri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts