KENAPA PAS LEBIH RELA BERSAMA BERSATU-PN BERBANDING UMNO-BN?

278
SHARES
897
VIEWS

Seperti biasa banyak pihak melihat PAS terhutang budi dengan Bersatu melalui “scheme of things” hasil ilham Tan Sri Mahiaddin Yassin yang berasaskan “penyogokan politik”. Istilah yang dipopularkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini dilihat amat bertepatan dengan situasi terkini PAS yang akhirnya memilih Bersatu-Perikatan Nasional, yang sudahpun dapat diteka dan tidakpun mengejutkan.

Cuma, kenapakah PAS menunggu sehingga selepas Parlimen dibubarkan barulah mereka mahu membuat pengisytiharan tersebut dan bukannya lebih awal? Ini sebenarnya strategi Bersatu “demi untuk survival” yang berjaya dijenamakan kembali oleh PAS sebagai “demi penyatuan ummah”.

Seperti biasa Bersatu mempergunakan PAS dan dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PAS tidak kisahpun malah rela mereka dipergunakan. Cuma majoriti akar umbi dan beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang benar-benar sayangkan penyatuan ummah yang sebenar tidak bersetuju dengan ketetapan PAS ini yang dilihat menghancurkan kesepakatan Islam – yang sebenarnya amat dimurkai oleh Allah Taala.

Sungguhpun begitu, PAS sanggup membelakangkan agama dan akar umbi sendiri demi memastikan Bersatu tidak terkubur selepas PRU-15, selain memastikan perpecahan antara kem Mahiaddin dan kem Hamzah dapat dielakkan. Walaupun PAS tidak bersetuju Mahiaddin mahu bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan tetapi demi memastikan Bersatu tidak terkubur, PAS sanggup melakukan segala-galanya.

Semoga akar umbi PAS lebih memahami penyatuan ummah yang diwajibkan dalam Islam berbanding pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Takbir! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts