KOS PEMBATALAN ECRL HAMPIR SAMA, LEBIH BAIK TERUSKAN

238
SHARES
659
VIEWS

Fakta kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang moden dan berkelajuan tinggi sepanjang 688.3 kilometer menelan belanja sebanyak RM55 bilion (tambahan RM9 bilion yang telah ditandatangani kepada kos RM46 bilion di Fasa 1) yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan fasa pertama membabitkan laluan landasan kereta api elektrik melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mendakwa pembinaan ECRL menelan belanja sebanyak RM81 bilion kerana beliau mencampurkan kos untuk Fasa 2 dan lain-lain penambahan seperti kos operasi, kos pengambilalihan tanah, kadar faedah bank dan lain-lain yang tidak wajar dimasukkan (Fasa 2 yang diluluskan kabinet namun belum ditandatangani dengan CCCC boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika negara merasakan ia tidak diperlukan sekarang).

Kos pembinaan: RM55 bilion

Status projek terkini: Sekurang-kurangnya 15 peratus telah disiapkan

Jumlah yang telah dibayar: RM19.67 bilion (RM10 bilion bayaran awal dan RM9.67 bilion dibayar mengikut jadual projek yang disiapkan).

Baki yang perlu dibayar: RM35.33 bilion

Jumlah gantirugi jika menamatkan projek ECRL: RM30-35 bilion

(RM19.69 bayaran balik ke China’s EximBank yang memberikan pinjaman yang mesti dilunaskan, tambahan RM10 bilion bagi tuntutan gantirugi dan penalti oleh China Communications Construction Company (CCCC) kerana pembatalan ECRL, gantirugi yang akan diminta oleh kontraktor, subkontraktor dan pihak-pihak lain yang terkesan dengan pembatalan projek di mana anggaran tambahan gantirugi sebanyak RM5 bilion, jumlah tepat akan dikemaskini sebaik sahaja mendapat makluman terkini jumlah gantirugi)

Kesimpulan:

Senario 1: Jika projek ECRL diteruskan, kerajaan perlu membayar baki sebanyak RM35.33 bilion dan negara akan mempunyai Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang moden dan berkelajuan tinggi sepanjang 688.3 kilometer yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan fasa pertama membabitkan laluan landasan kereta api elektrik melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Kesan: Tercapai hasrat membangunkan negeri-negeri Pantai Timur termasuk industri pelancongan, taraf hidup dan ekonomi rakyat tempatan akan meningkat. Tidak perlu bersesak-sesak lagi di jalanraya untuk pulang ke kampung seperti biasa setiap kali tiba musim perayaan. Memberi peluang pekerjaan bagi lebih kurang 1000 jurutera dan pekerja rakyat Malaysia yang terlibat dalam projek ECRL selain daripada manfaat membuka peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

Senario 2: Jika projek dibatalkan, kerajaan perlu membayar gantirugi sebanyak RM30-35 bilion dan negara tidak mempunyai apa-apa melainkan struktur binaan ECRL yang telah siap lebih kurang 15 peratus yang akhirnya akan ditinggalkan usang ataupun dirobohkan (menambah kos kepada kerajaan).

Kesan: Tidak memenuhi hasrat membangunkan negeri-negeri Pantai Timur dan rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat. Kesesakan jalanraya untuk pulang ke kampung masih berlaku seperti biasa setiap kali tiba musim perayaan. Ribuan pekerja yang terlibat termasuk jurutera akan diberhentikan dan tidak membuka peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

Analisis:

Kerajaan sepatutnya mengkaji keperluan ia diperlukan untuk masa yang akan datang bukannya bertindak membatalkan ECRL kerana hasil rundingan ekonomi tidak memihak kepada Malaysia yang mengakibatkan hubungan dengan China semakin buruk.

Kos yang dipolitikkan dan tidak sepatutnya dimasukkan oleh Menteri Kewangan yang hanya merumitkan keadaan, wajar dihentikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana ia memberi kesan diplomatik secara langsung antara dua negara.

Tun Mahathir perlu cerdik untuk membuat keputusan dengan tidak dipengaruhi oleh sentimen projek ECRL ini sebagai legasi yang sangat baik dan terkehadapan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menterinya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Beliau wajar meneruskan projek yang baik dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur yang agak terkebelakang berbanding di bandar-bandar besar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts