RAMLAH ADAM: SEKARANG RAKYAT HIDUP GELISAH

396
SHARES
2.3k
VIEWS

Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata rakyat kini hidup gelisah dan tidak tenteram memikirkan apa yang bakal berlaku setiap hari.

“Rakyat rasa gelisah dan tak tenteram sebab setiap hari bila buka surat khabar mesti ada yang memeranjatkan.”

“Sekarang tak perlu cakap soal perpaduan sebab memang dah terjejas. Saya tak fikir kita boleh hidup aman damai, kemarahan dalaman telah bermula. Bimbang nanti ia jadi bom masa.”

Beliau turut mempersoalkan konsep Malaysia baharu yang dicanang sejak tiga bulan lalu.

“Perpaduan sekarang orang tak peduli, kerajaan terlalu mulut celupar, kaum Melayu terus dihina, golongan songsang semakin bersepah-sepah, kita jadi kurang ajar dan tak tahu malu.”

“Jadi di mana Malaysia baharu itu? Adakah sebab terbuka dalam beri pendapat? Tapi bila individu seperti doktor itu beri pendapat, dikecam pula.”

Dalam pada itu beliau mengingatkan kerajaan agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Caranya senang saja, kerajaan yang sudah menang kenalah matang. Jangan terus hukum kerajaan dulu, mereka banyak jasa kepada negara ini.

“Jangan buka aib negara kepada negara luar, ini tunjukkan mereka tak sayangkan negara.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts