ISU LGBT: SURAT TERBUKA BUAT MARINA MAHATHIR

278
SHARES
897
VIEWS

Apabila aktivis yang memperjuang golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Datin Marina Mahathir mendesak agar hak kesamarataan dari sudut hak asasi diberi kepada golongan LGBT, maka desakan beliau ini kemudiannya mendapat reaksi seorang doktor, Dr. Nur IIyani Mohamed. yang berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Dr. Nur Ilyani menulis surat terbuka kepada Marina di laman sosial Facebook yang disiarkan pada 6 Ogos 2018 berikutan Marina sebelum ini berkata, beliau bukanlah meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang untuk golongan LGBT seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.

Sebaliknya beliau meminta hak samarata untuk komuniti LGBT seperti hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi, yang sebenarnya telahpun dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira siapa mereka dan apa kecenderungan seksual sama ada di luar tabie ataupun normal.

Berikut adalah surat terbuka Dr. Nur IIyani kepada Marina:

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir

1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na’uzubillah

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts