LIZ TRUSS LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI UK

88
SHARES
283
VIEWS

Liz Truss meletak jawatan sebagai Perdana Menteri hanya selepas 45 hari dilantik ke jawatan tersebut. Ini berikutan program ekonominya yang telah mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah hanya enam minggu selepas dilantik. Pemilihan Perdana Menteri bagi menggantikan beliau dijangka akan dilakukan minggu hadapan.

Peletakan jawatannya ini menjadikan beliau Perdana Menteri UK paling singkat dalam sejarah, di mana George Canning sebelum ini memegang rekod berkenaan apabila berkhidmat hanya selama 119 hari kerana meninggal dunia pada tahun 1827.

Sebagai rekod, Liz Truss menggantikan Boris Johnson yang juga terpaksa meletakkan jawatan setelah kehilangan kepercayaan daripada partinya sendiri.

 

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts