ISU SKANDAL PARTYGATE, BORIS JOHNSON AKHIRNYA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN

338
SHARES
2k
VIEWS

Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meletakkan jawatan Ahli Parlimen berkuatkuasa serta-merta semalam. Ini berikutan dakwaan menipu di Parlimen dalam isu penganjuran berpuluh-puluh majlis ‘Partygate‘ di Pejabat Perdana Menteri dan jabatan kerajaan di Downing Street, yang diakuinya pada bulan Mac lepas.

Johnson yang telah menjadi Ahli Parlimen selama 22 tahun sejak 2001, mengambil keputusan itu selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Keadilan yang menyiasat majlis Partygate yang diadakan semasa negaranya berada dalam perintah sekatan pergerakan pandemik Covid-19.

Menurut Johnson, Jawatankuasa Keadilan dengan jelas bertekad menggunakan prosiding siasatan tersebut untuk mengusir beliau dari Parlimen. Dalam kenyataannya pada hari Jumaat (semalam), Johnson berkata beliau adalah mangsa ‘witch-hunt‘ bagi membalas dendam kepada beliau dalam isu Brexit dan membalikkan keputusan referendum 2016.

Beliau juga mengambil kesempatan mengkritik Perdana Menteri Rishi Sunak, dengan mendakwa ketika beliau meninggalkan pejabatnya tahun lepas, kerajaan cuma ketinggalan sedikit dalam pemilihan tetapi kini jurang itu semakin membesar. 

Sebagai rekod, Jawatankuasa Keadilan Britain akan bersidang untuk membuat kesimpulan mengenai siasatan ke atas Partygate dan ‘arkitek’ Brexit tersebut pada hari Isnin depan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts