SIAPA BAKAL MENANG PRU-15?

131
SHARES
422
VIEWS

Setakat ini peluang Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 untuk setidak-tidaknya menerajui kerajaan adalah cerah.

Imej BN sebagai kerajaan cemerlang sehingga diiktiraf masyarakat dunia serta memartabatkan Islam dan Melayu, memberi banyak kelebihan.
Penampilan ramai calon muka baharu turut menjadi tarikan. BN juga nampaknya tidak ketinggalan dalam perang media sosial. Kalau pada PRU-14, BN dilihat ketinggalan tetapi kali ini parti itu sama agresif. Ramai orang muda memberikan reaksi positif kepada pelbagai bahan media sosial berkaitan BN.

Selain itu, ketahanan BN sehingga menang besar pada PRN Melaka dan Johor serta kesemua PRK di sebalik segala penganiayaan dan kezaliman para pemimpin PH, adalah petunjuk jelas yang membuka mata rakyat. Sudah terbukti BN mempunyai rekod pentadbiran negara paling stabil dan makmur.

Kenapa bukan Pakatan Harapan?

Jawapannya mudah. Pengalaman 22 bulan PH memerintah dilihat sebagai pengalaman amat dahsyat kepada majoriti rakyat. Majoriti orang Islam juga masih belum dapat menerima Anwar Ibrahim kerana isu akhlaknya yang amat serius, isu LGBT, pendirian pro Israel, gagal menjaga kepentingan Islam dan isu nepotisme.

Satu lagi faktor utama adalah DAP. Satu undi untuk PH sama dengan satu undi untuk DAP, yang disifatkan parti paling rasis. Lihatlah bagaimana DAP manipulasi dan mencorakkan banyak perkara ketika PH memerintah. Buat pertama kali dalam sejarah negara, kepentingan Islam dan Melayu paling digugat dan tergugat. Majoriti umat Islam dan Melayu sudah serik. Sebab itu ungkapan kasar rakyat tidak mahu ‘dikencing’ lagi dengan segala kezaliman, penganiayaan dan penipuan, begitu popular.

Anwar boleh berdrama, berjanji lagi dan ligat berpidato di merata tempat, namun belum tentu dapat menambat hati rakyat sebagaimana pada PRN Sarawak, Melaka dan Johor. Cukup sekali derita 22 bulan.

Bagaimana pula Perikatan Nasional (PN)?

PN yang diketuai oleh Bersatu berdepan isu imej yang serius iaitu parti yang gagal termasuk ketika memerintah di bawah Muhyiddin Yassin. Banyak keputusan besar PN mengundang padah kepada negara termasuk menyalahgunakan darurat untuk kepentingan politik dan kontrak puluhan nilion ringgit bagi kepentingan PN.

Reputasi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu, rosak teruk dan sukar dibaiki lagi. Ramai yang telah meninggalkan Bersatu termasuk pengasas dan pemimpin kanan. Kekalahan teruk PN sewaktu PRN Melaka dan Johor adalah petanda jelas. Parti itu juga tidak mempunyai jentera akar umbi melainkan mengharapkan PAS. Ramai ahli dan penyokong PAS yang kurang senang serta membantah dalam diam di peti undi nanti. Ia sekali lagi akan mengheret PAS ke ambang kekalahan sebagaimana PRN Melaka dan Johor.

Apakah nanti PRU-15 akan menyaksikan banyak perubahan dan perbezaannya dengan PRN Sarawak, Melaka dan Johor?

Sebenarnya dengan tempoh waktu yang tidak lama serta sentimen penolakan sama ke atas PH dan PN, ia tidak akan banyak beza dan berubah.PH ditolak mentah-mentah di PRN Sarawak, Melaka dan Johor walaupun Anwar Ibrahim berkempen habis-habisan. PN dan Muhyiddin juga menerima tamparan hebat apabila kalah teruk pada PRN Melaka dan Johor walaupun berkuasa sebagai kerajaan pusat. Selagi PH dan DAP mempertaruhkan Anwar, ia tidak akan mampu memenangi hati majoriti Islam di Malaysia. Selagi Muhyiddin dan Bersatu menerajui PN, selagi itu PN akan terus lesu menanti waktu untuk rebah.

Kini Bersatu khususnya, begitu terdesak untuk memulihkan persepsi ke atas Muhyiddin dan Bersatu. Antaranya dengan menaja pelbagai bancian dan kajian agar keputusan memihak kepada mereka. Rata-rata kajian itu tidak berwibawa dan menjadi bahan jenaka. Rakyat bijak menilai.

Usaha Bersatu (asal) melibatkan peranan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin (bersama DAP dan PKR ketika mereka berkuasa dalam PH) untuk membunuh dan menguburkan UMNO, tidak kesampaian. Sebaliknya UMNO terus teguh manakala Bersatu dan Pejuang tenat di ambang maut. Sama ada suka atau tidak, inilah realitinya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts