ISU RAFIZI KAYA MUDAH, UGUT SPRM DAN ‘RESTUI’ PROJEK MBI-YTL BERNILAI RM2 BILION?

746
SHARES
2.4k
VIEWS

Apakah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘merestui’ projek secara rundingan terus bernilai hampir RM2 bilion yang diberikan kepada Syarikat MBI Selangor? Projek kolam takungam dwi-fungsi untuk bekalan air dan tebatan banjir Rasau, Selangor itu menjadi isu terkini yang panas.

Kementerian Kewangan (MOF) telah memberikan kelulusan itu kepada MBI Selangor yang melaksanakan projek tersebut secara usahasama dengan syarikat gergasi YTL. Difahamkan kelulusan itu diperoleh sebelum Parlimen dibubarkan. Surat rasmi mengenainya telah terdedah dan tular di media sosial sejak semalam.

Setakat ini tiada penafian daripada Rafizi. Beliau hanya membisu walaupun berpeluang menjelaskannya pada sidang media yang didakan setiap hari pada tempoh kempen PRU-15. Ramai netizen dan rakyat Malaysia hairan mengapa beliau menyerang kerajaan pusat tetapi berdiam apabila membabitkan kerajaan PKR Selangor dalam isu projek yang hampir sama. MBI adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruldin Shaari.

Berdasarkan komen netizen, rumusan mereka adalah sukar untuk percayakan Rafizi. Beliau mendabik dada kononnya memperjuangkan integriti demi rakyat Malaysia namun hakikatnya bagai ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis. Dengan kata lain, beliau asyik ghairah mahu membuat pendedahan melibatkan kerajaan pusat tetapi menikus apabila melibatkan kerajaan negeri di bawah naungan PH. Rafizi ternyata menggunakan kempen PRU15 ini sebagai medan untuk membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan pusat sebelum ini dan parti-parti politik pesaing. 

Baru-baru ini Rafizi mendedahkan surat yang didakwa bukti projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion di Sungai Langat 2 diluluskan kerajaan melalui rundingan terus kepada syarikat tertentu pada 7 Oktober lalu. Dalam satu sidang media, Rafizi berkongsi surat rasmi yang dikatakan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), menyatakan bahawa sebuah syarikat bumiputera telah mendapat kelulusan melalui rundingan terus untuk projek tebatan banjir di Sungai Langat.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Rafizi membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan pemberian projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion secara runding terus. Nampaknya Rafizi dan kerajaan PKR Selangor amat selesa dengan YTL yang telah kaya-raya berbanding syarikat bumiputera berwibawa. Harap-harap beliau tiada agenda mengangkat YTL dan mahu membunuh syarikat bumiputera. 

Dalam pada itu, reputasi Rafizi terus dipersoalkan kerana kegagalan beliau menjawab isu aset dan kekayaannya, sebaliknya memarahi wartawan yang mahu penjelasan lanjut. Komen ramai adalah Rafizi mudah ‘koyak’ dan sama sekali tidak menyakinkan. Cakap tidak serupa bikin.

Pengisytiharan harta yang dibuat Rafizi menjadi antara yang paling hangat dibincangkan. Senarai aset peribadinya menunjukkan lonjakan kira-kira RM17 juta dalam tempoh tujuh tahun. Wow, keuntungannya umpama skim cepat kaya. Pemimpin PKR itu dipertikai kerana turut menyenaraikan saham Invoke Solutions – sebuah syarikat berkait parti itu dan tidak berasaskan keuntungan – dalam senarai aset dimilikinya.

Namun, Rafizi mempertahankan tindakannya itu, mengatakan dirinya sudah bergelar jutawan pada usia 30 tahun. Ekoran itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menyerbu pejabat Invoke Solutions bagi memulakan siasatan. Rafizi sepatutnya tidak perlu marah dan salahkan pelbagai pihak termasuk SPRM. Kenyataan beliau untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas PH menang PRU-15 adalah tidak bijak, angkuh, berbau ugutan dan dendam. Inikah pemimpin parti yang mendakwa adil, bebas dan bertanggungjawab kepada rakyat? Sepatutnya Rafizi perlu berlapang dada terhadap siasatan tersebut, jika beliau benar-benar tidak bersalah. 

Sebagai rakyat Malaysia, persoalannya adakah Rafizi liabiliti kepada PKR, PH dan negara keseluruhannya? Bersih dan berintegritikah Rafizi? Hipokrasikah beliau? Adakah ini produk dan jenama PH yang mahu dibangga-banggakan?

Zamani Zaman

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts